Semua ulasan

Ulasan terhadap buku Beige Fed

Petang semalam pada pukul 21:00 (GMT+3), Fed AS menerbitkan buku Beige. Ini merupakan laporan ekonomi yang diterbitkan dua minggu sebelum keputusan dasar kewangan.

Buku Beige menerangkan bahawa pertumbuhan ekonomi berterusan pada kadar sederhana sehubungan dengan peningkatan perbelanjaan peribadi dan pengeluaran perindustrian yang berkadaran. Walau bagaimanapun, stagnation dalam pasaran perumahan masih berterusan. Pembelian perumahan baru kini dibawah tekanan.

Berkaitan dengan situasi pasaran pekerjaan, laporan ekonomi pengawal selia Amerika menyatakan bahawa pasaran kini hampir penuh dengan pekerjaan, dan adalah sukar untuk mencari pekerja yang berkelayakan, berikutan itu, mula menaikkan purata pendapatan secara sedikit demi sedikit.

Berkaitan inflasi, buku Beige menjelaskan bahawa kenaikan harga pengguna bergerak dalam kadar yang sederhana, tetapi masih perlahan sekiranya dibandingkan dengan kadar bulan Jun dan Julai.

Menurut kefahaman saya, maklumat ekonomi dalam buku Beige ini menggambarkan bahawa ekonomi Amerika kini berkembang bersepadanan dengan jangkaan Fed. Sehubungan dengan itu, keputusan Fed untuk enggan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 titik asas (dari 2% ke 2.25%) menjelang hujung bulan ini semasa mesyuarat dasar kewangan mungkin agak sukar untuk berubah.

Tulis komen