Kami kini 19 tahun!

Analisis pasangan GBPUSD pada 04.09.2018

Pada akhir minggu lalu, pound British mula menurun secara perlahan berbanding dolar AS. Pada hari Jumaat, GBPUSD jatuh ke tahap psikologi sebanyak 1.30. Penurunan berterusan selepas ini. Pada masa ini, GBPUSD didagangkan pada harga 1.2846.

Dari segi analisis fundamental, saya tidak melihat sebarang sebab untuk pertumbuhan pound dalam masa terdekat. Pertama, pada bulan Ogos, kemerosotan dalam kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian hingga 25 bulan rendah dicatatkan, menurut satu laporan yang dikeluarkan semalam oleh CIPS Markit. Penurunan ini berlaku berikutan dari keadaan permintaan dalam negeri yang rendah, dan juga kerana kurangnya pertumbuhan dalam pesanan eksport. Kedua, pada bulan Ogos kadar pertumbuhan sektor pembinaan juga menurun, menurut laporan CIPS Markit yang dikeluarkan hari ini. Ia mengatakan bahawa tema pertumbuhan pembinaan perumahan baru telah menurun dengan ketara.

Statistik ekonomi negatif berjangkit ke kadar pound British. Ini jelas dilihat dalam rangka masa per jam (H1) untuk pasangan GBPUSD:

Grafik menunjukkan bahawa pasangan GBPUSD keluar dari trend menaik. Oleh itu, pergerakan ke bawah pada jangka h4 yang lebih berat sedang berterusan.

05 September, 10:07 (GMT+3)
EURUSD: pembeli mencuba mengubah situasi

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas