Semua ulasan

Analisis EURUSD pada 13.08.2018

Tekanan dari dolar terhadap euro berterusan - pada penghujung minggu lepas, buat pertama kali sejak tahun lepas, kadar pertukaran pasangan EURUSD menurun lebih rendah dari tahap psikologi 1.1500. Buat masa kini, pasangan diperdagang pada tahap 1.1392.

Dari sudut pandangan analisis grafik, dalam rangka masa harian (D1), saya merasakan bahawa corak penerbalikan "head and shoulder" boleh mula terbentuk:

Dalam carta diatas, jelas kelihatan bahawa buat masa kini, carta EURUSD mencuba untuk menembusi garis shoulder buat kali kedua. Saya ingin menyatakan bahawa corak head-shoulder ketika ini, yang terbentuk dalam graf, adalah boleh dipercayai. Hal ini adalah kerana corak bahu kira lebih tinggi berbanding bahu kanan. Selain itu, garis bawah bahu tidak mendatar, sebaliknya menurun. Sehubungan dengan itu, saya mempercayai bahawa berkemungkinan besar, kadar pertukaran EURUSD akan menurun lebih rendah dalam beberapa bulan yang akan datang. Saya akan membuat ulasan selanjutnya sekiranya saya menukar pendapat saya.

Tulis komen