Kami kini 19 tahun!

Analisis pasangan USDCAD pada 09.08.2018

Sejak pertengahan bulan Jun, dolar Kanada mengukuh berbanding dolar Amerika. Sepanjnag tempoh ini, pasangan USDCAD menurun dari 1.3380 ke 1.2960. Pada saat ini, pasangan mata wang USDCAD diperdagang pada kadar 1.3040.

Dari sudut pandangan analisis carta lilin, pada saat ini terdapat isyarat yang menunjukkan kemungkinan penurunan kadar pertukaran pasangan USDCAD. Perkara ini dapat dilihat dalam rangka masa mingguan (W1), tahap maksimum lilin semasa ("M2") melebihi tahap maksimum lilin sebelum ini ("M1"):

Walaupun begitu, harus dinyatakan bahawa lilin mingguan semasa masih belum ditutup, dan disebabkan itu isyarat masih belum boleh dipercayai sepenuhnya buat masa kini. Begitu juga dalam rangka masa per am (H1), trend menurun masih berjalan:

Semua perkara ini menunjukkan bahawa masih agak awal untuk menentukan tahap bottom pasangan USDCAD. Saya ingin menyimpulkan bahawa pada hari esok, jumaat, pada pukul 15:30 (GMT +3), maklumat statistik inflasi di Amerika untuk bulan Julai dan statistik pasaran pekerjaan di Kanada untuk bulan Julai akan diterbitkan. Terbitan maklumat makrostatistik ini memainkan peranan besar dalam mempengaruhi kadar pertukaran pasangan USDCAD untuk tempoh masa pendek dan sederhana.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas