Semua ulasan

Ulasan pasaran Forex (27/07/18)

Euro menurun berbanding dolar hampir 80 pip dari 1.1730 ke 1.1650 selepas mesyuarat bank pusat Eropah berkaitan dasar kewangan. Pengawal selia Eropah tidak membuat sebarang perubahan dalam dasar kredit kewangan, dan mengekalkan kadar faedah utama pada 0% tahunan, dan juga menegaskan, bahawa program pembelian aset akan berakhir pada bulan Disember (jumlah pembelian saham bulanan kekal sebanyak 30 billion euro sehingga penghujung bulan September, dan selepas itu akan dikurangkan ke 15 billion euro sehingga penghujung Disember). Selain itu, dalam sidang media tersebut, Mario Draghi juga menyatakan bahawa ECB akan mengekalkan wawasan positif untuk ekonomi Eropah, dan risiko akan kekal seimbang. Pihak pakar ECB terus menjangkakan kenaikan KDNK untuk tahun 2018 akan berjumlah 2.1% untuk tahunan. Pengarah ECB menekan, bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Eropah mula menstabil, dan kadar kenaikan yang perlahan dalam separuh tahun pertama 2018 hanyalah sementara. Saya menulis semalam, bahawa dengan kenyataan sebegini dari ECB, saya menjangkakan penurunan kadar pertukaran pasangan mata wang EURUSD.

Pada hari ini, menurut kalendar peristiwa Forex, penunjuk makro statistik berikut akan diterbitkan, dan harus dipertimbangkan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan:

  • 15:30 US: KDNK tahunan (Q2).
  • 17:00 US: indeks sentimen pengguna dari Michigan  (Jun).

Dalam rangka masa empat jam (H4), pasaran EURUSD terus bergerak dalam segi tiga menurun:

Berdasarkan carta, dapat dilihat bahawa selepas mesyuarat ECB semalam, pasangan EURUSD beralih dari garis atas segi tiga, mula menghala ke bawah dan sedikit demi sedikit bergerak menghampiri garis bawah segi tiga (dalam bulatan hijau). Garis bawah segi tiga terletak pada kadar 1.1530.

Dalam rangka masa satu jam (H1), pasangan EURUSD membentuk tiga puncak berhampiran kadar 1.1740:

Ketiga-tiga puncak ini menunjukkan bahawa kadar 1.1740 merupakan tahap rintangan yang kukuh untuk kenaikan EURUSD dalam carta H1.

Saya menganggap bahawa pada hari ini, tekanan dari dolar terhadap euro akan berterusan, dan sekiranya bacaan KDNK Amerika adalah memberangsangkan, maka kadar pertukaran EURUSD hari ini boleh menghampiri 1.1600. Pada pendapat saya, sekiranya KDNK Amerika untuk suku tahun kedua 2018 lebih tinggi dari 3.5% untuk tahunan, maka ia boleh dianggap sebagai bagus, dan berkemungkinan besar, akan memberi dorongan kepada dolar Amerika. Sudah tentu, sekiranya kenaikan KDNK Amerika untuk suku tahun kedua 2018 adalah jauh lebih rendah, maka dolar mungkin akan memulakan pembetulan dalam hari ini dan kembali ke tahap rintangan pada 1.1740.

Saya ingin menyatakan bahawa tiada trend menurun dalam H4 dan H1. Disebabkan itu, walaupun sentimen "bearish" kekal dalam para EURUSD, harus difahami bahawa sekiranya sesiapa memegang kedudukan short, mereka harus berwaspada kerana tiada trend menurun.

Pada saat pengarangan ulasan, pasangan EURUSD diperdagang pada tahap 1.1645.

Tulis komen