Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex (26/07/18)

Pada hari semalam di Washington, perjumpaan antara presiden Amerika, Donald Trump dan presiden suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker. Mereka membincangkan tentang hubungan dagangan antara Amerika dan Eropah. Pasaran kewangan menganggap bahawa selepas perjumpaan pada semalam, ketegangan konflik perdagangan antara Amerika dan Eropah boleh menjadi semakin longgar. Pasaran kewangan menunjukkan tindak balas positif terhadap hasil perjumpaan semalam.

Selepas mesyuarat tamat, kadar pertukaran pasangan mata wang EURUSD menaik sebanyak 50 pip dari tahap 1.1680 ke 1.1730. Walau bagaimanapun, saya mempercayai bahawa kenaikan ini tidak berpunca dari mesyuarat tersebut, sebaliknya berlaku akibat dari ketegangan antara peserta pasaran dalam penantian mesyuarat bank pusat Eropah. Pasangan EURUSD menunjukkan keaktifan yang tinggi sebelum mesyuarat ECB.

Pada hari ini, perhatian seharusnya ditumpukan kepada peristiwa utama dan penunjuk makrostatistik berikut:

  • 14:45 Eurozone: keputusan kadar deposit ECB
  • 15:30 Eurozone: sidang media dan kenyataan dasar kewangan ECB
  • 15:30 US: pesanan barangan tahan lama (Jun)

EURUSD

Dalam rangka masa empat jam (H4), pasangan EURUSD menghampiri garis atas corak "segi tiga menurun":

Dalam rangka masa satu jam (H1), pasangan EURUSD menghampiri tahap pada mana terbentuk dua puncak tempatan sebelum ini (Max 1 dan Max 2):

Rintangan utama dalam pasangan EURUSD, pada pendapat saya, kekal pada tahap 1,1824. Pada tahap ini, terletak kadar pertukaran EURUSD pada malam sebelum mesyuarat ECB sebelumnya, seperti yang saya terangkan sebelum ini.

Dari sudut pandangan analisis grafik, rangka masa H4 atau H1 tidak mempunyai trend. Oleh itu, buat masa ini saya tidak akan membuka dagangan untuk pasangan EURUSD. Saya akan menunggu sehingga akhir mesyuarat ECB dan sekiranya ECB tidak mengubah retorik dalam dasar kewangan, saya akan mencari peluang untuk membuka dagangan untuk penjualan EURUSD. Saya menulis mengenai perkara ini semalam dan menjelaskan mengapa, dari segi fundamental, saya mempercayai bahawa dolar lebih berpotensi berbanding euro.

Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan bahawa pada hari ini, ketika terbitan keputusan mengenai dasar kewangan ECB dan semasa sidang media ECB, saya menjangkakan peningkatan kadar aktiviti. Oleh itu, walaupun sekiranya saya akan membuka kedudukan penjualan, ia akan berlaku selepas turun naik berkurang dan pasaran semakin tenang.

Pada masa pengarangan ulasan, pasangan EURUSD ini diperdagang pada 1.1728.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas