Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex (25/07/18)

Pada pagi hari ini, sebelum pembukaan sesi perdagangan Eropah, pasangan EURUSD didagangkan di sekitar 1.16875, iaitu, hampir pada paras yang sama pagi semalam. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya tidak menjangka perubahan besar dalam pasangan mata wang utama sebelum mesyuarat dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB), hasilnya akan diterbitkan esok pada 16:30 (GMT + 3).

Walau bagaimanapun, dari segi analisis fundamental, potensi tekanan terhadap euro oleh dolar semakin menaik. Menurut laporan IHS Markit untuk ekonomi Eropah dan Amerika pada bulan Julai, yang diterbitkan semalam pada pukul 11:00 (GMT + 3) dan 16:45 (GMT + 3), kadar pertumbuhan KDNK zon euro akan terus kekal lebih rendah berbanding pertumbuhan KDNK AS dalam masa terdekat . IHS Markit menjangkakan bahawa dalam suku tahun ketiga 2018, pertumbuhan KDNK kawasan euro akan berkurang 0.4% dalam tempoh suku tahunan dan pertumbuhan KDNK AS sebanyak 0.7%.

Oleh itu, saya merasakan bahwa sekiranya esok ECB tidak menimbulkan sebarang kejutan dalam pasaran, tidak lama lagi tekanan terhadap euro dari dolar akan dirasakan, dan EURUSD pasangan akan menurun dengan perlahan.

Penunjuk makro ekonomi untuk hari ini:

  • 13:00 UK: laporan CBI (Jul)
  • 17:00 US: jualan perumahan baru (Jun)

EURUSD:

Dalam rangka masa sejam (H1), pasangan EURUSD mencuba untuk kembali ke potensi trend penurunan semalam:

Carta menunjukkan bahawa pasangan EURUSD baru-baru ini bergerak berhampiran garis trend (bulatan hijau dalam carta).

Pada masa ini, sangat sukar untuk meramalkan bagaimana pasangan EURUSD akan bergerak sebelum mesyuarat ECB, iaitu 30 jam akan datang. Secara teorinya, dari sudut pandangan fundamental, memandangkan kadar pertumbuhan KDNK AS berkemungkinan melebihi kadar pertumbuhan Eropah pada bulan-bulan mendatang, dolar harus menekan euro. Juga, dari sudut pandangan analisis grafik, sikap "bearish" terhadap H1 dalam pasangan EURUSD kekal. Mengenai ini saya menulis semalam, dan untuk 24 jam yang lepas setakat ini tiada apa yang berubah, dengan itu kemungkinan besar pasangan EURUSD akan berkurangan. Walau bagaimanapun, mesyuarat ECB mengenai dasar kewangan semakin hampir, dan sebelum itu pasangan EURUSD boleh bertindak balas di luar jangkaan. Rintangan kuat dalam pasangan EURUSD terletak pada 1.11824, seperti yang ditulis sebelum ini.

Saya akan menunggu hasil mesyuarat ECB dan selepas itu, sekiranya ECB tidak mengubah retorik ke atas dasar kewangan, saya akan mempertimbangkan pembukaan kedudukan, kemungkinan besar untuk penjualan EURUSD.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas