Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex (24/07/18)

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, pasangan EURUSD mengalami pembetulan dari 1.1717 ke 1.1677, hampir 40 pip. Harus diingatkan bahawa tiada makrostatistik pada hari semalam, dan juga tiada peristiwa ekonomi penting yang boleh mempengaruhi kadar pertukaran pasangan mata wang utama dengan ketara. Saya menganggap bahawa peserta pasaran kewangan akan menangguhkan sebarang tindakan, dan buat masa kini hanya menunggu mesyuarat dasar kewangan ECB pada hari khamis 26 Julai, dan dengan itu, tidak menjangkakan sebarang perubahan besar untuk pasangan mata wang utama dalam dua hari yang akan mendatang.

Pada hari ini, indeks penunjuk utama Zon Euro, UK, dan Amerika akan diterbitkan, yang amat berguna untuk perdagangan dalam pasaran mata wang asing.

  • 11:00 Zon Euro: indeks PMI sektor pembuatan dari Markit (Jul), indeks PMI sektor perkhidmatan dari Markit (Jul).
  • 13:00 UK: kaji selidik trend industri CBI - pesanan (Jul).
  • 16:45 AS: indeks PMI sektor pembuatan dari Markit (Jul), indeks PMI sektor perkhidmatan dari Markit (Jul).

EURUSD:

Dalam rangka masa per jam (H1), carta pasangan mata wang EURUSD membuat percubaan untuk kembali ke julat potensi trend menurun:

Pada pendapat saya, sentimen untuk pasangan EURUSD adalah bearish dalam rangka masa H1, walaupun ia lemah, tetapi masih bertahan. Perkara ini dapat disimpulkan melihat kepada puncak terbaru (Max 2 dalam graf) tidak melebihi puncak sebelumnya (Max 1 dalam graf). sehubungan dengan itu, saya merasakan bahawa tekanan terhadap euro dari dolar akan berterusan. Walaupun sekiranya euro mula menaik berbanding dolar, saya mempercayai bahawa tahap rintangan kukuh untuk pasangan EURUSD adalah pada tahp 1.1824, seperti yang ditulis pada hari semalam.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas