Maklumat statistik lebih memberi kesan terhadap euro berbanding ramalan G20

Pada hari isnin, dalam pasaran kewangan, tiada turun naik kecairan yang ketara dapat dilihat dalam pasangan. Pasangan euro/dolar boleh dikatakan tidak menunjukkan perubahan besar. Nilai euro menurun dengan sedikit berbanding dolar, dan pergerakan penuh tidak keluar dari koridor yang telah biasa dilihat oleh para pelabur pada 1.161-1.176. Hasil dari mesyuarat menteri kewangan dan ketua bank pusat negara G20 tidak memberi pengaruh terhadap dinamik pergerakan kadar pertukaran mata wang, kerana ramalan dan kebimbangan pihak berkuasa merupakan untuk jangka masa panjang, dan mereka menjangkakan penurunan ekonomi dunia sehubungan dengan konflik perdagangan untuk bernilai sebanyak 0.4%-0.5% KDNK tahunan, bacaan yang cukup tinggi.

Tidak lama lagi, maklumat statistik untuk pasaran perumahan kedua di Amerika untuk bulan Jun akan diterbitkan. Pihak pakar menjangkakan kenaikan bilangan jualan. Bacaan untuk dua bulan yang lalu menunjukkan sedikit penurunan. Harus dinyatakan bahawa hampir setiap tahun ketika musim panas di Amerika, penurunan dapat dilihat sehubungan dengan permintaan yang berkurangan, kerana pada kebiasaannya, ketika ini, penduduk Amerika sibuk menyelesaikan isu lain. Walau bagaimanapun, kenaikan jualan boleh mendorong penurunan kadar pertukaran pasangan euro/dolar.

Hari esok akan menjadi lebih sibuk dengan kepelbagaian terbitan maklumat statistik pasaran Eropah, secara khususnya, indeks PMI sektor perindustrian dan perkhidmatan untuk sebilangan besar negara, yang akan memberi kesan terhadap pergerakan pasangan mata wang utama. Menjelang penghujung hari, kadar pertukaran pasangan euro/dolar akan bergerak dalam julat 1.167-1.174.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar