Semua ulasan

Ulasan pasaran Forex (20/07/18)

Petang semalam, presiden Amerika, Donald Trump mengkritik Fed dan secara khususnya, dasar kredit kewangan. Trump menyatakan bahawa beliau tidak menggemari kitaran kenaikan kadar faedah utama Amerika yang terlalu pantas, kerana ia boleh memberi kesan terhadap perkembangan ekonomi negara. Harus diingatkan bahawa dalam tahun ini, fed menaikkan kadar faedah utama sebanyak dua kali, dan pada masa kini, berada pada tahap 1.75-2.00% tahunan. Kadar faedah dijangka akan dinaikkan sebanyak sekali atau dua kali lagi menjelang penghujung tahun ini.

Pada hari ini, sesi perdagangan Eropah dan Amerika berlangsung tanpa terbitan makrostatistik yang penting. Perdagangan melibatkan dolar Kanada harus mengambil kira statistik jualan runcit untuk bulan (Mei) dan statitik inflasi untuk bulan Jun. Penunjuk untuk Kanada akan diterbitkan pada 15:30 (GMT+3). saya menganggap bahawa terbitan maklumat statistik tersebut akan menyebabkan turun naik harian dolar Kanada untuk melonjak.

EURUSD:

Untuk 24 jam yang lalu, pasangan mata wang EURUSD menaik sebanyak 25 pip dari 1.1641 ke 1.1666. Walaupun begitu, semalam sebelum pembukaan sesi perdagangan Amerika, kadar pertukaran euro berbanding dolar menurun ke 1.1575, dan menjelang petang hari, mula mengimbangi kerugian dan kembali ke kadar 1.1641 ketika ucapan presiden AS, Donald Trump.

Dari sudut pandangan analisis grafik dalam rangka masa per jam, pasangan EURUSD kekal dalam corak potensi trend menurun:

Dalam carta tersebut, boleh dilihat bahawa selepas ucapan Trump, harga EURUSD bergerak dari garis rintangan dan mula menghampiri garis trend. Saya berpendapat bahawa pasangan EURUSD akan kekal dalam koridor trend menurun sehingga penghujung hari esok.

Saya akan mengelakkan dari membuka dagangan EURUSD mengikut rangka masa per jam, kerana walaupun trend menurun, tiada isyarat penjualan, pembetulan sedang berlangsung dalam H1.

Tulis komen