Dolar menerima sentimen bullish menjelang ucapan kedua J. Powell

Pada siang hari rabu, nilai pound British terus menurun, sekali lagi berikutan dari terbitan maklumat statistik tidak memberangsangkan. Pasangan mata wang GBPUSD menurun dari 1.311 ke 1.303. Maklumat untuk inflasi pengguna bulan Jun tidak mencapai jangkaan pasaran sebanyak 2.6%, sebaliknya menunjukkan bacaan 2.4%. Indeks harga perumahan juga tidak menyamai jangkaan untuk menaik sebanyak 3.8%, sebaliknya menaik hanya 3%. Makrostatistik dari UK semakin buruk sejak beberapa tahun yang lalu, menyebabkan penurunan nilai pound. Kejatuhan mata wang British boleh berterusan sehingga penghujung sesi hari ini, tetapi boleh mengalami pembetulan dalam pasaran pada hari esok.

Kadar pertukaran EURUSD menurun dengan kenaikan nilai dolar, walaupun maklumat statistik sektor pembangunan UK mencetuskan kontroversi. Bilangan permit pembangunan yang dikeluarkan hanya sebanyak 1,273 juta, berbanding jangkaan sebanyak 1330 juta. Jumlah pembangunan perumahan baru menurnu sebanyak 12.3%, walaupun pada bulan lepas, industri menunjukkan kenaikan sebanyak 4.8%.

Pada petang sesi perdagangan Eropah, pengerusi Fed Amerika, Jerome Powell, dijadualkan untuk berucap buat kali kedua dalam minggu ini, dan boleh mempengaruhi kadar pertukaran alatan paling popular, euro/dolar. Julat kadar pertukaran pasangan mata wang dijangka akan berkekalan pada 1.164-1.158.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar