Semua ulasan

Ulasan pasaran Forex (18/07/18)

Petang semalam, selepas ucapan perwakilan Fed, Jerome Powell, dolar Amerika menerima sokongan dan mula menunjukkan kenaikan nilai. Dalam ucapan beliau, Powell menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Amerika berjalan dengan stabil, dan situasi dalam pasaran pekerjaan menjadi semakin baik, dan disebabkan itu beliau memutuskan untuk meneruskan kitaran pengetatan dasar kewangan.

Saya berpendapat bahawa dinamik kadar pertukaran mata wang hari ini akan terkesan dari peristiwa ekonomi dan terbitan maklumat statistik berikut:

  • 11:30 (GMT+3) UK: CPI (Jun) – bacaan untuk tahunan dijangka akan menaik sebanyak 2.6%
  • 12:00 (GMT+3) Zon Euro: CPI (Jun) – inflasi tahunan pengguna dijangka akan meningkat sebanyak 2.0%
  • 17:00 (GMT+3) Amerika: ucapan perwakilan Fed, Powell
  • 21:00 (GMT+3) Amerika: buku beige Fed

EURUSD:

Dalam rangka masa empat jam (H4), pasangan mata wang EURUSD menunjukkan ombak kelima dalam corak "segi tiga menurun":

Buat masa kini, EURUSD bergerak ke garis bawah segi tiga yang berada disekitar tahap 1.1530.

Dalam rangka masa per jam (H1), saya merasakan bahawa terdapat potensi untuk pembetukan trend menurun:

Saya meramalkan bahawa, sekiranya tiada force-majeure dalam beberapa hari mendatang, EURUSD boleh menurun ke 1.1550.

Buat masa kini, pasangan EURUSD diperdagang pada tahap 1.16343, hampir 80 lebih rendah berbanding kadar pada pagi hari semalam.

Tulis komen