Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex (17/07/18)

Pada pagi hari ini, 17 Julai, sebelum pembukaan sesi perdagangan Eropah, pasangan EURUSD diperdagang pada kadar 1.1714, menunjukkan sedikit kenaikan mata wang euro (sekitar 20 pip) dalam tempoh 24 jam. Saya tidak merasakan bahawa kenaikan sepanjang 24 jam merupakan pergerakan yang bermakna, sebaliknya hanyalah merupakah lantunan.

Melihat kepada analisis fundamental, perhatian pada hari ini tertumpu kepada peristiwa yang boleh memberi pengaruh terhadap dinamik pergerakan pasangan mata wang utama:

  • 11:00 (GMT+3) UK: ucapan gabenor Bank England, Mark Carney – boleh memberi kesan ketara terhadap mata wang pound.
  • 11:30 (GMT+3) UK: tahap pengangguran dari ILO (Mei), purata pendapatan tidak termasuk bonus (May) – tahap pengangguran dijangka berkekalan pada 4.2%. Purata pendapatan tidak termasuk bonus dijangka menaik sebanyak 2.5%.
  • 17:00 (GMT+3) USA: ucapan perwakilan Fed, Powell.

EURUSD:

Dalam rangka masa (D1), terdapat potensi untuk pembentukan corak Head and Shoulder untuk pasangan mata wang EURUSD:

Walaupun begitu, corak bahu kanan masih belum terbentuk sepenuhnya, dan disebabkan itu, saya masih belum mempercayai corak ini dengan sepenuhnya untuk mempertimbangkan pembukaan kedudukan berdasarkan corak tersebut.

Dalam rangka masa empat jam (H4), pergerakan kadar pertukaran pasangan EURUSD membentuk corak segi tiga menurun:

Ombak kelima kini terbentuk dalam wedge. Analisis untuk carta D1 dan H4 menunjukkan bahawa isyarat penjualan untuk pasangan EURUSD masih tidak mencukupi, sentimen masih tetap bearish, dan tekanan terhadap pasangan mata wang akan berkekalan. Saya menjangkakan bahawa kadar pertukaran akan mencecah tahap low baru lambat laun.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas