Maklumat statistik Amerika menguasi politik

Pada hari ini, nilai dolar menurun berbanding euro sehubungan dengan terbitan maklumat statistik berkaitan jualan runcit untuk bulan Jun yang tidak memberangsangkan. Menurut maklumat yang disediakan, kenaikan indeks jualan runcit di AS untuk bulan lepas hanyalah sebanyak 0.4% bulanan. Sehubungan dengan itu, kenaikan berkurangan sebanyak 1.4% dalam bulan Mei, ke 0.4% dalam bulan Jun. Jumlah jualan runcit juga menunjukkan dinamik pergerakan rendah sebanyak 0.5% bulanan, walaupun hasil bulan Mei menunjukkan kenaikan jumlah sebanyak 1.3%.

Statistik akan mempengaruhi pasaran untuk beberapa jam berikutnya, perhatian utama peserta pasaran tertumpu kepada pertemuan antara presiden Vladimir Putin dan Donald Trump. Hasil dari pertemuan tersebut akan memberi kesan besar terhadap kadar pertukaran dolar. Menjelang petang sesi perdagangan Eropah, julat perdagangan pasangan euro/dolar boleh berkembang ke 1.167-1.175.

Pada pagi ini, statistik untuk kadar kenaikan ekonomi diterbitkan di China. Menurut jangkaan pasaran, kadar KDNK negara menurun dari 6.8% ke 6.7% tahunan. Maklumat yang tidak memberangsangkan akan memberi kesan, pertama, ke pasaran komoditi, terutamanya ke pasaran minyak dan bursa saham China. Secara umumnya, situasi boleh menjadi lebih buruk berikutan dari konflik perdagangan antara Amerika dan China. Hal ini bermakna, menjelang penghujung tahun, KDNK China boleh menurun dengan lebih laju, dan akan membawa ke pembetulan harga.

Pada pagi esok hari, perhatian boleh ditumpukan kepada statistik Australia dan New Zealand.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar