Semua ulasan

Ulasan pasaran Forex 23 Februari 2018

Hari ini, pada 23 Februari, sebelum sebelum sesi perdagangan Eropah, pasangan EURUSD diperdagang pada 1.2302, menunjukkan sedikit kenaikan dalam nilai euro (27 pip) dalam tempoh 24 jam. Saya mempercayai bahawa lantunan nilai euro sepanjang hari semalam adalah disebabkan oleh adanya sokongan yang kukuh dari EURUSD disekitar 1.2190-1.2290.

Peristiwa hari ini:

  • 13:00 (GMT+3) - Eurostat akan menerbitkan bacaan kedua mengenai inflasi di Zon Euro (Jan). Bacaan kedua dijangka akan menyerupai kadar bacaan pertama: bacaan inflasi tahunan sebanyak 1.3%, teras — 1.0%. Saya merasakan bahawa kadar pertukaran euro tidak akan terkesan dari terbitan maklumat statistik ini.
  • 16:30 (GMT+3) - Statistik Canada akan menerbitkan indeks harga pengguna di Kanada (Jan). Kadar inflasi dijangka akan menurun dari 1.9% dalam bulan Disember ke 1.4% untuk bulan Januari. Saya merasakan bahawa kadar turun naik dolar Kanada akan meningkat dengan ketara pada waktu penerbitan maklumat statistik ini.
  • 19:00 (GMT+3) - Fed AS akan menerbitkan laporan separuh tahun untuk dasar kewangan. Terbitan laporan ini kadangkala akan mempengaruhi pergerakan dolar Amerika. Sehubungan dengan itu, saya merasakan bahawa pedagang harus memantau maklumat statistik ini sekiranya memegang kedudukan terbuka.

EURUSD:

Hanya beberapa jam sebelum penutupan lilin mingguan semasa:

Dalam kata lain, lambat laun, kita boleh mengetahui sama ada corak "Bearish engulfing" akan terbentuk dalam rangka masa mingguan (W1). Isyarat akan ditetapkan menandakan pembentukan puncak dalam pasangan mata wang EURUSD dalam rangka masa mingguan sekiranya corak tersebut boleh terbentuk.

Dalam rangka masa per jam (H1), alatan EURUSD terus menghampiri sempadan atas untuk consolidation bulan Januari (1.2190-1.2290):

Saya tetap berpegang dengan pendapat saya, bahawa pasangan mata wang euro/dolar akan menurun ke sekitar kadar 1.2190 pada minggu hadapan.

Tulis komen