Semua ulasan

Ulasan pasaran Forex 16 Februari 2018

Hari ini, pada 16 Februari, sebelum sebelum sesi perdagangan Eropah, nilai euro terus meningkat berbanding dolar AS. Pada masa ini, pasangan mata wang EURUSD diperdagang disekitar 1.2547. Sehubungan dengan itu, selama tempoh 24 jam, nilai euro menaik berbanding dolar AS sebanyak 0.9 sen.

Pada pendapat saya, kenaikan kadar pertukaran EURUSD adalah disebabkan dari dua faktor. Pertama, terdapat kemungkinan bahawa pertumbuhan ekonomi Zon Euro untuk tahun 2018 akan meningkat sebanyak 2% atau lebih. Kedua, kebarangkalian untuk pertumbuhan ekonomi AS untuk tahun 2018 sebanyak 2% semakin berkurangan. Sehubungan dengan kemungkinan penyerongan antara potensi pertumbuhan ekonomi AS dan Zon Euro, euro terus mengukuh berbanding dolar AS.

Hari ini, perhatian seharusnya ditumpukan kepada bacaan pasaran perumahan (perubahan bilangan pembangungan tempat tinggal dan bilangan permit pembangunan) di AS untuk bulan Januari, yang akan diterbitkan pada 16:30 (GMT +3). Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, statistik tidak mempunyai pengaruh yang besar, tetapi masih boleh menyebabkan kadar turun naik jangka pendek untuk dolar AS.

EURUSD

Pada hari semalam, pasangan mata wang EURUSD berjaya mencecah corak "Double top" (1.2480-1.2520), yang terbentuk pada awal bulan Februari dalam rangka masa per jam (H1):

Memandangkan bahawa tiada sebarang peristiwa utama dalam kalendar Forex hari ini, dan tiada sebarang makluma statistik yang penting untuk AS dan Zon Euro akan diterbitkan, saya mempercayai bahawa perdagangan untuk pasangan EURUSD akan ditutup berhampiran dengan kadar semasa disekitar kadar double top diantara 1.2480 and 1.2520 selagi tiada peristiwa luar biasa yang berlaku.

Tulis komen