Semua ulasan

Ulasan pasaran Forex 14 Februari 2018

Hari ini, pada 14 Februari, sebelum sesi perdagangan Eropah, euro meneruskan kenaikan berbanding dolar AS - EURUSD diperdagang pada 1.2383 (+0.23%). Berikutan dari kenaikan kadar pertukaran EURUSD, indeks dolar terus menurun berbanding semalam dan kini terletak pada kadar 89.38 (-0.25%).

Apa yang menarik adalah, indeks dolar telah menurun selama beberapa bulan secara berturut-turut walaupun kenaikan ekonomi normal di AS baru-baru ini - kenaikan GDP AS dalam tahun 2018 adalah sebanyak 2.3%, dan dalam suku tahun pertama tahun 2018, kenaikan dari 2.8% dalam unit tahunan dijangka. Pada pendapat saya, perkara ini boleh dikaitkan dengan ketidakpercayaan pelabur global kepada pengurusan presiden AS, Donald Trump. Dibawah pengurusan presiden semasa, AS terus menumpu kepada dasar asing dari seluruh dunia, dari segi politik dan ekonomi - AS mengenakan sekatan terhadap Rusia dan China, dan AS menarik diri dari kerjasama Trans-Pacific, mengabaikan zon perdagangan bebas bersama Zon Euro, dan juga menjalankan rundingan yang sukar bersama Kanada dan Mexico berkaitan dengan NAFTA. Semua pengasingan diri AS ini berlaku oleh sebab kenaikan hutang nasional, yang kini melebihi $20.6 trilion, berdasarkan US Debt Clock.org. Disebabkan itu, pada pertengahan Januari, agensi penilaian Dagong menurunkan penilaian kredit AS ke negatif (dari "A-" ke "BBB+"). Saya mempercayai bahawa semua faktor ini akan terus memberi tekanan kepada dolar untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan sudut pandangan jangka pendek, apabila berdagang dalam pasaran mata wang asing hari ini, anda perlu memberi perhatian kepada statistik pertumbuhan GDP dalam Zon Euro untuk suku tahun 2107, yang akan diterbitkan pada 1:00pm (GMT +3), dan juga maklumat jualan runcit dan inflasi di AS untuk bulan Januari yang akan diterbitkan pada 16:30 (GMT +3).

Pada pendapat saya, maklumat statistik AS boleh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pergerakan pasangan EURUSD untuk hari ini. Buat masa kini, kadar pertukaran EURUSD dalam rangka masa per jam (H1) berada disekitar tahap hollow (garis leher), yang terbentuk dalam corak double top pada berhampiran 1.2380:

Pada pendapat saya, sekiranya maklumat statistik AS hari ini tidak memberangsangkan, maka EURUSD akan meneruskan pergerakan menaik dan akan mencecah tahap "Double top" (senario C1 dalam carta), menghampiri 1.2480-1.2520. Tetapi sekiranya maklumat statistik AS memuaskan, maka pasangan EURUSD akan menghampiri garis leher (neck), dan akan kembali semula menurun ke tahap hollow terakhir (senario C2 dalam carta), menghampiri 1.2190-1.2290.

Saya merasakan bahawa maklumat statistik yang memuaskan untuk dolar adalah bacaan kenaikan GDP AS dari 2% dalam unit tahunan. Maklumat yang tidak memberangsangkan adalah bacaan kenaikan GDP AS yang lebih rendah dari 2%.

Pada masa pengarangan ulasan, pasangan EURUSD diperdagang berhampiran dengan kadar 1.2380.

Tulis komen