Semua ulasan

Dolar semakin mara

Dolar menunjukkan peningkatan nilai berbanding euro dan pound dalam separuh pertama hari ketika sesi perdagangan Eropah. Indeks dolar AS (DXY) pada masa pengarangan diperdagangn pada 92.80 (+0.38%), manakala indeks euro (ECX) pada 94.00 (-0.32%). Pada pendapat saya, kenaikan dolar dalam beberapa hari sebelum ini adalah disebabkan oleh pemulihan separa keyakinan pelabur dalam ekonomi AS dan juga sebilangan pedagang yang mengaut keuntungan dari kedudukan long pada alatan EURUSD disekita sempadan psikologi 1.20.

Harus diingatkan bahawa hari ini pada 19:45 (GMT +3), ketua Fed AS, Janet Yellen, akan memberi ucapan di Cleveland berkaitan “Inflasi, ketidaktentuan, dan dasar kewangan”, pada ketika mana kadar turun naik dalam pasaran dijangka akan meningkat.

Pada hari semalam, dalam separuh kedua sesi AS, asaet selamat, iaitu franc Switzerland, yen jepun , dan emas, meningkat berbanding dolar berikutan dengan retorik dari Pentagon terhadap Korea Utara. Walau bagaimanapun, permintaan untuk aset selamat masih bertahan hanya untuk seketika, dan hari ini, dolar mula mengimbangi semula kerugian. Pasangan mata wang USDCHF diperdagang pada 0.9717 (0.54%), pasangan USDJPY pada 111.79 (0.07%), manakala emas diperdagang pada 1,306 USD per auns Troy (+0.37%).

Dolar New Zealnad mengalamai pembetulan berbanding dolar AS dalam penantian mesyuarat bank rizab New Zealand (RBNZ) – yang akan menerbitkan hasil pada 0:00 (GMT +3) pada hari khamis, dan kini diperdagang pada 0.7209 (-0.89%). Pasaran kewangan kini menjangkakan RBNZ untuk mengekalkan kadar faedah pada 1.75% sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun hadapan. Saya merasakan bahawa sekiranya ekonomi New Zealand meningkat sebanyak 3.5% atau lebih, dan inflasi mencecah 2% untuk tahunan, kitaran untuk menaikkan kadar faedah mungkin akan dimulakan dengan lebih awal, dalam suku tahun kedua tahun hadapan.

Tulis komen