Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex: (26/09/17)

Dalam ucapan presiden ECB, Mario Draghi ketika parlimen Eropah semalam, beliau menyentuh topik kenaikan nilai euro sejak awal tahun adalah disebabkan keadaan ekonomi Zon Euro yang semakin baik. Presiden ECB menegaskan bahawa dasar kewangan lembut merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat. ECB menjangkakan kenaikan 2.2% dalam tahun 2017, 1.8% untuk tahun 2018, dan 1.7% untuk tahun 2019.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 02:50 Jepun: minit mesyuarat dasar kewangan Bank Jepun
  • 3:00 New Zealand: keyakinan perniagaan dari ANZ (Sep)
  • 17:00 AS: jualan perumahan baru (Aug)
  • 19:45 AS: Ucapan ketua Fed, Janet Yellen

Dalam separuh hari kedua, Janet Yellen akan berucap di Cleveland berkaitan “inflasi, ketidaktentuan, dan dasar kewangan”. Kadar turun naik dolar boleh meningkat untuk jangka masa pendek ketika ucapan berlangsung.

Saya juga ingin menambah bahawa berikutan komen bernada kasar dari Pentagon dan pentadbiran Donald Trump terhadap Korea Utara, alatan emas, franc Switzerland, dan yen Jepun menunjukkan keadaan intraday yang agak kelam-kabut untuk beberapa hari yang lalu.

EUR/USD

Dalam rangka masa H4, pasangan EURUSD mencuba untuk menembusi garis trend:

Dari sudut pandangan saya, trend dalam rangka masa H4 hanya akan ditembusi sekiranya EURUSD memperbaharui dasar “key base” dalam trend ke atas yang terletak pada 1.1680. Trend masih bergerak ke atas, walaupun kini tiada isyarat pembelian.

Dalam rangka masa H1, pasangan EURUSD kini menghampiri bahagian bawah julat harga:

Rangka masa H1 juga tidak menunjukkan isyarat pembelian.

Malahan, sekiranya rangka masa ditukar ke 30 minit, terdapat potensi untuk pembentukan trend kebawah:

harus diingatkan bahawa, buat masa kini, trend keatas H4 masih kukuh seperti mana julat dalam H1, maka risiko agak tinggi untuk berharap kepada trend menurun dalam rangka masa M30.

Pada masa pengarangan, EURUSD diperdagang pada 1.1851.

USD/CHF

Pasangan mata wang USDCHF kini berlegar disekitar garis trend kebaah dalam rangka masa harian (D1):

Pasangan USDCHF kini tidak berjaya untuk melawan arus trend. Saya mempercayai bahawa kemungkinan untuk ia terjadi akan meningkat sekiranya corak bulish engulfing untuk  carta lilin bulan Jun, Julai, Ogos muncul dalam rangka masa bulanan untuk bulan September. Untuk ianya terjadi, bulan ini harus ditutup pada 0.9720 atau lebih tinggi:

Sekiranya corak bullish engulfing muncul untuk bulan September, kemungkinan pertumbuhan alatan USDCHF akan terhad. Buat masa kini, saya mengekalkan kedukan long untuk pasangan USDCHF dengan Stop Loss pada 0.9390.

Pada masa pengarangan, USDCHF diperdagang pada 0.9689.

26 September, 15:16 (GMT+3)
Dolar semakin mara

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas