Ulasan pasaran Forex 22/09/17

Dalam separuh kedua sesi perdagangan semalam berlangsung tanpa terbitan berita penting. Pasaran kini masih menyesuaikan keadaan dari keputusan Fed yang diterima pada petang hari rabu 21 September.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:00 Perancis: PMI pembuatan Markit (Sep), PMI perkhidmatan Markit (Sep)
  • 10:30 Jerman: PMI pembuatan Markit (Sep), PMI perkhidmatan Markit (Sep)
  • 11:00 Zon Euro: ucapan presiden ECB Mario Draghi, PMI pembuatan Markit (Sep), PMI perkhidmatan Markit (Sep)
  • UK: ucapan perdana menteri British, Theresa May
  • 13:00 UK: kaji selidik trend perindustrian CBI (Sep)
  • 15:30 Kanada: jualan runcit (Jul), CPI (Ogos)
  • 16:45 AS: PMI pembuatan Markit (Sep), PMI perkhidmatan Markit (Sep)

Hari ini, perhatian ditumpukan kepada indeks PMI dari Markit untuk Zon Euro dan AS. IHS Markit akan menerbitkan ramalan awal untuk kenaikan GDP ekonomi Eropah dan AS suku tahun ketiga tahun 2017. Bacaan awal ekonomi AS akan mengambil kira kesan ribut di kawasan tenggara AS.

Harus diingatkan bahawa perdana menteri British, Theresa May akan berucap hari ini. Beliau akan menyentuh topik hubungan UK dengan Eropah pada masa hadapan selepas Brexit di Florence. Saya ingin mengingatkan bahawa untuk beberapa tahun yang lalu, pound UK menunjukkan turun naik intraday yang tinggi ketika ucapan sebegini berlangsung.

Pada hari sabtu 23 September pula, pilihan raya parlimen akan berlangsung di New Zealand, manakala di Jerman, pilihan raya berseketuan akan dijalankan pada hari ahad 24 September. Turun naik dolar New Zealand dan euro boleh meningkat dengan ketara sebelum dan selepas hari minggu.

EUR/USD

Dalam rangka masa H4, EURUSD cuba untuk memulihkan trend menaik:

Dalam rangka masa H1, EURUSD bergerak ke pertengahan julat potensi:

Walaupun terdapat isyarat pembelian yang lemah untuk EURUSD, saya akan mengelakkan dari dagangan tersebut. Pertama, pilihan raya perseketuan akan berlangsung di Jerman pada hari minggu. Secara teorinya, pasaran mungkin akan dibuka dengan gap besar selepas hari minggu berakhir. Walaupun pilihan raya memberi kesan jangka masa panjang yang lemah kepada mata wang tempatan, kadar turun naik mungkin akan meningkan dalam jangka masa pendek. Kedua, pasangan EURUSD dalam rangka masa H1 bergerak dalam julat , dan hal ini menandakan penghentian pertumbuhan euro. Ketiga, dalam rangka masa H1, EURUSD masih belum mencecah puncak utama baru dalam pergerakan pembetulan. Justeru itu, saya akan mengelakkan dari berdagang EURUSD dan hanya akan memantau pasaran.

Pada masa pengarangan, the EURUSD diperdagang pada harga 1.1969.

GBP/USD

Dalam rangka masa H4, GBPUSD diperdagang berhampiran garis rintangan trend menaik:

Tidak berbaloi untuk membeli GBPUSD sekarang. Tambahan pula, pound mungkin akan bertindak balas secara meliar ketika ucapan perdana menteri British, Theresa May. Pada masa pengarangan, GBPUSD diperdagang pada harga 1.3590.

USD/CHF

Pasangan USDCHF terus bergerak dalam trend menurun untuk rangka masa harian:

Tetapi graf menunjukkan kenaikan USD/CHF ke garis trend. Pada pendapat saya, sekiranya ekonomi akan berkembang di AS sehubungan dengan pelembutan dasar kewangan. Maka pasangan USDCHF boleh menembusi garis trend. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa USDCHF berada dalam trend menurun untuk rangka masa harian, dan sekiranya berlaku penembusan, bukan untuk seketika.

Pada masa pengarangan, USDCHF diperdagang pada harga 0.9681.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.