Dolar AS menerima sokongan psikologi dari Fed

Pada petang hari rabu 20 September, perubahan intraday ketara berlaku dalam pasaran mata wang asing. Indeks dolar (DXY) dalam separuh pertama hari ini menurun dan mencecah kadar 91.33, dan selepas terbitan minit mesyuarat dua hari Fed berkaitan dasar kewangan pada 21:00 (GMT + 3), bacaan indeks melantun dan meningkat sehingga 92.49. Pelembutan retorik dasar kewangan Fed memainkan peranan penting dalam perkara ini.

Ramalan untuk kadar faedah jangka panjang diturunkan dari 3.0% ke 2.8%. Dalam sidang media, pengerusi Fed, Janet Yellen menegaskan bahawa sekiranya keadaan ekonomi semakin keruh, Fed bersedia untuk menghentikan pengurangan penyata imbangan dan sekiranya perlu, akan menurunkan kadar faedah sehingga 0.25%. Peserta pasaran bertenang dengan kenyataan tersebut, dan keyakinan meningkat bahawa kemungkinan pemulihan pertumbuhan ekonomi AS semakin stabil, hasil pulangan bon 10 tahun AS meningkat dari 2.21% ke 2.30%, dan dengan itu, menolak nilai dolar AS ke atas.

Pada pendapat saya, pelembutan retorik dasar kewangan merupakan petanda baik untuk ekoomi AS, dolar AS mungkin akan mengimbangi kerugian berbanding, euro, pound, franc, yen, dan emas. Harus diingatkan bahawa dolar pada hari semalam menerima sokongan psikologi dari Fed, dan pertumbuhan ekonomi yang stabil diperlukan untuk kenaikan nilai dolar. Dolar AS akan lebih bergantung kepada statistik makro.

Hari ini, Bank Jepun mengikut jejak langkah Fed dan turut sama melembutkan retorik dasar kewangan. Kadar faedah dikalkan pada tahap -0.10% dan program pembelian bon kerajaan pada 80 trilion yen, tetapi kali ini, 8 ahli mengundi untuk dasar kewangan yang sangat lembut, berbanding undian sebelum ini dengan hanya 7 ahli memihak kepada pelembutan dasar kewangan.

Menurut ramalan ekonomi dari SECO, kenaikan GDP Switzerland sebenar adalah sebanyak 0.9% untuk 2017, jauh lebih rendah berbanding ramalan sebelum ini iaitu sebanyak 1.4%. Sebab utama ramalan pertumbuhan ekonomi menurun selepas semakan adalah perbelanjaan pengguna dan kerajaan yang menurun, dan juga peningkatan import. Ramalan ekonomi SECO diterbitkan hari ini pada 8:45 (GMT +3).

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:00 Zon Euro: buletin ekonomi ECB
  • 15:30 Kanada: jualan runcit (Jul)
  • 16:30 Zon Euro: ucapan presiden ECB, Mario Draghi
  • 17:00 Zon Euro: indeks keyakinan pengguna (Sep)

Dalam separuh hari kedua hari ini, tiada maklumat statistik ekonomi penting untuk AS. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya meragui kenaikan nilai dolar AS serta-merta selepas mesyuarat Fed. Kemungkinan besar, nilai dolar yang mahal hanya boleh dilihat pada Oktober-November sekiranya pembetulan ekonomi AS semakin pulih, dan menunjukkan kepada kenaikan GDP tahunan sebanyak 2.0% pada tahun 2017.

Buat masa kini, saya hanya akan berdagang dolar AS berbanding aset selamat.

EUR/USD

Dalam rangka masa H4, pasangan EURUSD diperdagang dalam trend keatas walaupun berada disekita garis trend:

Dalam rangka masa H4, trend keatas masih kukuh, maka saya tidak akan berdagang berlawanan dengan trend. Buat masa kini, tiada isyarat pembelian dapat dilihat.

Dalam rangka masa H1, harga pasangan EURUSD kini dalam bahagian bawah julat potensi:

Ini menunjukkan bahawa kenaikan harga alatan ini terhenti, mencetuskan keraguan sama ada trend ke atas akan berterusan dalam rangka masa H4. Walau bagaimanapun, saya ingin menetapkan bahaawa pada hari semalam, dolar AS menerima dorongan psikologi dari Fed, walaupun fundamental ekonomi untuk dolar tidak stabil. Dengan itu, saya tidak menjangkakan kejatuhan pasanan EURUSD dan akan mengelakkan dari berdagang alatan tersebut.

Pada masa pengarangan, EURUSD diperdagang pada 1.1911.

GBP/USD

Dalam rangka masa H4 alatan GBPUSD, kenaikan masih terhenti disekitar garis rintangan trend keatas:

Dari sudut pandangan saya, walaupun GBPUSD boleh kembali ke garis trend keatas seperti EURUSD; saya akan mengelakkan dari berdagang melawan trend. Hal ini adalah kerana fundamental ekonomi UK semakin pulih baru-baru ini, memihak kepada pound, dan dolar AS sekurang-kurangnya mempunyai sokongan psikologi.

Pada masa pengarangan, GBPUSD diperdagang pada 1.3504.

Mata wang komoditi (AUD, CAD, NZD, RUB)

Saya tidak merancang untuk membeli dolar AS berbanding mata wang ini dalam masa terdekat. Ekonomi untuk negara mata wang tersebut semakin pulih. Dasar kewangan dari Fed yang lebih longgar juga memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi di AS, yang boleh melajukan pertumbuhan ekonomi global. Ini akan meningkatkan permintaan komoditi, yang akan menjadikan harga minyak, logam, dan lain-lain lebih stabil, sekaligus membekalkan sokongan terhadap mata wang komoditi.

Dalam masa terdekat, tidak mengambil kira keadaan force majeure, saya akan mempertimbangkan perdagangan USDJPY, USDCHF, dan emas. Dalam kata lain, saya mempercayai bahawa ekonomi Zon Euro akan terus berkembang dan ekonomi AS akan mula pulih, dan akan mengehadkan permintaan untuk aset selamat, iaitu franc Switzerland, yen Jepun, dan emas.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.