Semua ulasan

Fed melembutkan retorik dasar kewangan

Pada hari semalam, Fed AS melembutkan retorik berkaitan dasar kewangan. Kadar faedah utama dikekalkan pada 1.00% - 1.25%, walaupun kadar faedah “neutral’ jangka panjang direndahkan dari 3.0% ke 2.8%. Perkara ini dinyatakan dalam terbitan awal FOMC untuk unjuran ekonomi ,yang diterbitkan dalam laman web Fed semalam, pada 20 September, pukul 21:00 (GMT +3):

Jelas dilihat bahawa Fed menurunkan ramalan untuk “longer run” dari 3.0% untuk bulan Jun ke 2.8% sekarang. Julat “Central tendency” untuk tahun 2018 dan 2019 juga diturunkan, yang boleh menyebabkan pemerlahanan kenaikan kitaran kadar faedah. Fed juga mengumumkan bahawa mereka akan memulakan proses melaraskan penyata imbangan bulan Oktober. Parameter proses ini dinyatakan dalam halaman Fed New York. Dalam sidang media FOMC, Janet Yellen menegaskan bahawa sekiranya keadaan ekonomi semakin keruh, Fed bersedia untuk menghentikan pengurangan penyata imbangan dan sekiranya perlu, akan menurunkan kadar faedah.

Pada pendapat saya, pengurangan dalam unjuran kadar neutral dan trajektori potensi kitaran kenaikan kadar faedah adalah petanda bahawa Fed mungkin akan menaikkan kadar faedah dengan lebih perlahan, yang akan memberi kesan positif terhadap ekonomi AS dan bertindak sebagai sokongan kepada dolar AS. Selepas pelonggaran dasar kewangan semalam, saya merasakan bahawa laluan terbuka untuk dolar mengimbangi semula kerugian berbanding euro, pound, franc, yen, dan emas dalam bulan Oktober dan November.

Saya mempertimbangkan untuk membuka kedudukan long alatan USDCHF dan kedudukan short untuk emas. Pada masa pengarangan, pasangan USDCHF diperdagang pada 0.9717 manakala XAUUSD pada 1,298.90 USD.

Tulis komen