EURUSD: ulasan pasaran 20.09

Penutupan perdagangan pada hari selasa 19 September tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam pasaran mata wang asing. Indeks dolar (DXY) ditutup dengan sedikit kejatuhan dari 91.77 ke 91.56. walaupun terdapat maklumat statistik positif dalam pasaran perumahan, bilangan permit pembangunan bulanan untuk Ogos meningkat sebanyak 5.7%. Indeks euro (ECX) ditutup dengan kenaikan dari 95.09 ke 95.35. Euro meneruskan kenaikan dari hari semalam berbanding pound British, yen Jepun, dan franc Switzerland.

Pada hari semalam, dolar New Zealand menerima sokongan dengan kenaikan bacaan indeks produk tenusu (GDT) yang diterbitkan pada 17:33 (GMT +3) dan menunjukkan kenaikan sebanyak 0.9% berbanding sebelum ini.

Hari ini pada 2:50 imbangan dagangan Jepun diterbitkan. Eksport dan import Jepun meningkat sebanyak 1.2% dalam bulan Ogos berbanding Julai, manakala baki lebihan adalah sebanyak 367.31 bilion yen Jepun. Aktiviti perdagangan asing terus meningkat di Jepun. Kenaikan KDNK di Jepun untuk 2017 mungkin berjumlah sebanyak 1.4% - 1.8%.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: jualan runcit (Ogos)
  • 16:00 Switzerland: buletin suku tahun dari SNB
  • 17:00 USA: jualan perumahan sedia ada (Ogos)
  • 21:00 USA: keputusan kadar faedah Fed
  • 21:30 USA: sidang mediaFOMC

Fed seharusnya tidak akan mengumumkan kenaikan kadar faedah petang ini, walaunpun turun naik pasaran Forex boleh meningkat dengan ketara ketika sidang media FOMC. Saya menyarankan agar sebarang dagangan melibatkan dolar AS untuk dijalankan dengan lebih berwaspada.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya Fed mengekalkan kadar semasa pada 1.00-1.25%, retorik untuk dasar kewangan juga akan lebih longgar. Dalam kes ini, dolar AS menerima sokongan psikologi dan boleh mengimbangi semula kerugian berbanding euro, pound British, dan franc Switzerland secara separa untuk bulan Oktober dan November.

EUR/USD

Dalam rangka masa H4, pasangan mata wang EURUSD meneruskan trend menaik:

Dalam rangka masa H1, EURUSD cuba memperbaharui “key top” pergerakan pembetulan yang terletak pada kadar 1.1990:

Saya merasakan bahawa pasangan EURUSD menerima sokongan diatas 1.1990, dan boleh meningkat ke bahagian atas julat dalam H1 (1.2060 – 1.2080) sekiranya turun naik tinggi sebelum Fed mengumumkan keputusan atau ketika sidang media berlangsung.

Saya hanya akan memantau pasaran dari luar sepanjang hari. Pada masa pengarangan, pasangan EURUSD diperdagang pada 1.2012.

GBP/USD

Dalam rangka masa H4, kenaikan pasangan GBPUSD terhenti disekitar garis rintangan trend ke atas:

Pada pandangan saya, perdagangan pasangan GBPUSD mungkin tidak akan stabil apabila maklumat jualan runcit di UK diterbitkan pada 11:30 (GMT+3), walaupun keputusan Fed kekal menjadi tumpuan perhatian hari ini. Sehubungan dengan itu, pergerakan dalam pasangan ini bersepedanan dengan keadaan boleh dijangka selepas mesyuarat Fed bersurai.

Pada masa pengarangan, pasangan GBPUSD diperdagang pada 1.3518.

USD/JPY

Dalam rangka masa H4, pasangan JPYUSD diperdagang dipertengahan julat dari 108.00 ke 114.50:

Pasangan kini diperdagang pada 111.50, di 50% Fibonacci. Sebelum ini, saya mengatakan bahawa saya akan mempertimbangkan untuk membuka kedudukan long alatan ini sekiranya Fed mengekalkan kadar pada tahap semasa dan mengurangkan retorik untuk isu ini.

Secara idealnya, pasangan USDJPY pada mulanya akan menghampiri 111.10 dan kemudian meneruskan pergerakan ke atas. Sekiranya pergerakan berterusan, saya akan membuka kedudukan long dengan tetapan Stop Loss pada 110.50. Sudah tentu saya akan menantikan sehingga mesyuarat Fed tamat.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar