FX market: pasaran menantikan mesyuarat Fed

Penutupan perdagangan pada hari jumaat 15 September menyaksikan sedikit kenaikan pasangan euro/dolar. Indeks dolar AS terus menurun berikutan dari maklumat jualan runcit yang lemah untuk bulan Ogos di AS. Bacaan jualan runcit untuk bulanan menurun sebanyak 0.2% dalam bulan Ogos, manakala bacaan untuk bulan Jun dan Julai juga menurun selepas semakan. Selain itu, pengeluaran perindustrian bulan Ogos menurun sebanyak 0.9%, kesan dari ribut Harvey. Maklumat statistik AS yang lemah meningkatkan risiko penurunan pertumbuhan GDP untuk suku tahun ketiga. Selepas terbitan maklumat statistik pada hari jumaat, Fed Atlanta menyemak ramalan GDP untuk suku tahun ketiga, dari 3.0% ke 2.2%, manakala Fed New York mengubah ramalan dari 2.06% ke 1.34%.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 04:30 Australia: jualan kenderaan baru (Ogos)
  • 12:00 Zon Euro: CPI (Ogos), CPI teras (Ogos)
  • 17:00 AS: indeks pasaran perumahan dari NAHB (Sep)
  • 18:00 UK: ucapan gabenor Bank England, Mark Carney

Minggu ini boleh menjadi penting untuk semua pasangan mata wang melibatkan dolar AS. Hari selasa menandakan permulaan mesyuarat dua hari Fed AS berkaitan dasar kewangan. Minit mesyuarat akan diterbitakn pada hari rabu 21:00 (GMT+3). Pada pendapat saya, sekiranya memutuskan untuk mengetatkan dasar keangan, sebagai contoh, dengan mengumumkan kenaikan kadar faedah, walaupun agak mustahil, dolar AS boleh menurun semula. Mata wang tersebut boleh menerima sokongan psikologi sekiranya Fed memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah di tahap semasa sebanyak 1.00% – 1.25% dan memberikan petanda bahawa kenaikan kadar faedah akan dilakukandengan lebih perlahan berbanding seperti yang dicadangkan sebelum ini. Ekonomi AS kini sedikit keruh dan dasar kewangan yang lebih ketat akan memberi kesan negatif terhadap dolar.

EUR/USD

Pasangan EURUSD meneruskan pergerakan trend keatas dalam rangka masa H4.

Selepas sedikit pergerakan pembetulan dalam separuh kedua minggu sebelum ini, harga kini cuba untuk pulih dalam trend keatas, tetapi tiada isyarat pembelian buat sementara waktu.

Dalam rangka masa H1, pasangan EURUSD bergerak dalam julat “potential range” dari 1.1835 ke 1.2088. Harga seharusnya akan kekal dalam julat ini sehingga mesyuarat dua hari Fed berakhir pada hari rabu.

Pada masa pengarangan ulasan, EURUSD diperdagang pada 1.1943.

GBP/USD

Dalam rangka masa H4, pasangan GBPUSD bergerak dalam trend keatas:

Selepas mesyuarat Bank England pada hari khamis lepas, pound menerima sedikit sokongan. Bank England memperbaharui ramalan pertumbuhan ekonomi UK untuk suku tahun ketiga tahun 2017. Pasangan GBPUSD kini menghampiri garis rintangan. Pada masa pengarangan, pasangan GBPUSD berada di tahap 1.1395.

USD/JPY

Terdapat kemungkinan pembentukan julat diantara 108.00 dan 114.50 dalam rangka masa H4:

Sekiranya Fed memutuskan untuk mengetatkan dasar kewangan pada hari rabu, saya menjangkakan pasangan USDJPY akan menaik. Saya akan mencari titik masuk dalam rangka masa H1. Memandangkan julat harga dijangka akan terbentuk, jumlah potensi dagangan akan terhad (saya lebih menggemari perdagangan mengikut trend).

Saya ingin mengingatkan bahawa mesyuarat dua hari Fed bermula pada hari esok. Minggu ini boleh menunjukkan turun naik tinggi. Saya tidak akan membuat sebarang spekulasi untuk keputusan Fed, kerana berpendapat bahawa lebih baik untuk menunggu sehingga selepas hari rabu untuk membuka dagangan dolar.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.