Kami kini 19 tahun!

Bank England mengekalkan kadar faedah tidak berubah

Pada hari khamis 14 September, Bank England memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah utama pada tahap semasa, 0.25%, bersepadanan dengan jangkaan pasaran.

Faktor utama keputusan tersebut adalah kadar inflasi di UK. Pada bulan Ogos, inflasi pengguna tahunan di UK meningkat sebanyak 2.9%, manakala untuk bulan Julai, bacaan menunjukkan nilai 2.6%. Sehubungan dengan itu, deflasi tidak lagi menjadi kerisauan untuk Britain. Hanya Brexit yang masih mencetuskan sedikit kebimbangan, walaupun terbukti bahawa ia tidak terlalu membawa padah.

Harus diingatkan bahawa sehingga kini AS masih belum berjaya mengikuti jejak langkah UK dalam menangani tekanan deflasi. Menurut maklumat CPI pada hari khamis, Ogos menunjukkan kenaikan 1.9% untuk inflasi tahunan, berbeza hanya 2% dari sasaran. UK kini menjangkakan kenaikan 3% dalam inflasi tahun ini. Pentadbiran Bank England menyatakan bahawa pelonggaran dasar kewangan lambat laun akan terhenti dan kemudian harus diketatkan semula melalui kenaikan kadar faedah sedikit demi sedikit.

Kami mempercayai bahawa Bank England akan melanjutkan selama yang mampu, dan sudah pasti akan melihat kepada keputusan bank pusat Eropah berkaitan isu tersebut. Jelas sekali bahawa Eropah tidak menginginkan nilai pound yang tinggi memandangkan UK akan keluar dari Zon Euro, oleh itu mereka tidak akan menaikkan nilai pound dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, dengan berita dari Bank England, pasangan mata wang GBPUSD melonjak dan mencapai maksimum bulanan baru. Kami berpendapat bahawa pasangan akan diperdagang dalam julat 1.33-1.34 untuk beberapa hari berikutnya.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas