Semua ulasan

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada 14.09.2017

Pasangan mata wang EUR/USD menghampiri garis trend ke atas dalam rangka masa H4:

Carta menunjukkan pasangan mata wang EUR/USD diperdagang pada 1.1900 berhampiran garis trend dalam rangka masa H4. Sekiranya terdapat penembusan dalam garis trend, keraguan akan bertambah berkaitan penerusan selanjutnya trend keatas untuk pasangan mata wang EUR/USD dalam rangka masa H4. Tetapi sekiranya pasangan mata wang EUR/USD menaik dan trend ke atas berterusan (senario 1 dalam carta) maka peluang untuk memasuki pasaran dengan pembelian akan terbuka. Kini, saya tidak dapat memerhatikan sebarang isyarat yang bagus untuk sama ada mula membeli atau menjual pasangan EUR/USD dalam rangka masa H4.

Perkara penting yang harus diberi perhatian adalah sekiranya garis trend terputus dan pasangan mata wang EUR/USD jatuh dibawah kadar 1.1700 (“dasar utama” berhampiran kadar 1.1700), sebagai contoh, kejatuhan sehingga 1.1650 (senario 2 dalam carta). Saya berpendapat bahawa rangka masa H4 rosak sepenuhnya, trend ke atas terbatal. Pada masa pengarangan ulasan, pasangan mata wang EUR/USD diperdagang pada harga 1.1900.

Tulis komen