Semua ulasan

Bank Rizab Australia mengekalkan kadar faedah utama pada 1.50% tahunan

Bank Rizab Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah utama pada 1.50% tahunan, bersepadanan dengan jangkaan dalam pasaran. Harus dinyatakan bahawa pihak pakar kini mempercayai bahawa RBA mungkin akan memulakan kitaran menaikan kadar faedah utama seawall pertengahan tahun 2018.

RBA memutuskan bahawa aktiviti ekonomi dalam negara semakin baik. Bank pusat menjangkakan bahawa pelaburan perniagaan akan meningkat dalam separuh tahun kedua tahun 2017. RBA mengekalkan ramalan untuk kenaikan GDP tahun 2017 pada kadar 3.0%. Dalam masa yang sama, bank pusat menunjukkan potensi penurunan risiko ekonomi, sekiranya kenaikan pendapatan yang perlahan dalam negara. RBA mengemukakan bahawa dengan kenaikan bilangan pekerjaan dan pengurangan pengangguran, pendapatan seharusnya akan mula menaik dengan kadar yang stabil. Kadar pertukaran dolar Australia yang rendah pula adalah disebabkan oleh pembelian yang berlebihan.

Pada pendapat saya, keputusan RBA tidak akan mempengaruhi kadar pertukaran dolar Australia buat masa ini. Apabila keyainan pelabur terhadap ekonomi AS semakin pulih, pasangan mata wang AUD/USD akan membentuk puncak dalam julat 0.80-0.82. Pada masa pengarangan, pasangan AUD/USD diperdagang pada kadar 0.7961.

Tulis komen