EUR/USD mungkin melantun semula hari ini

Salah satu dari trend paling penting dalam pasaran mata wang tahun ini adalah kenaikan kadar EUR/USD. Pasangan mata wang utama ini meningkat sebanyak 10% sejak awal tahun (3% daripadanya hanya dari minggu lepas) dan mececah kadar 1.15 pada minggu ini. Pada saat ini, kadar pertukaran menaik sehingga 1.158, mencatat rekod maksimum untuk 14 bulan lalu. Faktor utama nilai euro yang semakin kuat adalah risiko politik perpecahan Zon Euro (Brexit) dan penantian keputusan dari ECB berkaitan dengan pemberhentian program stimulus secara beransur-ansur.

Pada tahun ini, timbul topik perbualan berkaitan dengan kemungkinan berlakunya perubahan dalam dasar kewangan Zon Euro dari ucapan Mario Draghi. Menurut ramalan pihak pakar, pengurangan aktiviti program pembelian saham semula dijangka sejak Januari (mesyuarat ECB pada bulan September mungkin meyentuh isu ini), dan juga kemungkinan kenaikan kadar faedah deposit pada hujung tahun 2018.

Sehubungan dengan ini, mesyuarat ECB hari ini (14:45 GMT+3) dan juga sidang media bersama Mario Draghi (15:30) menarik perhatian para pedagang. Draghi berada dalam situasi yang sukar sebelum bermula mesyuarat. Pengukuhan nilai euro mungkin memberi impak negatif terhadap pemulihan ekonomi Eropah. Selain itu, inflasi juga perlu dikekalkan dibawah 2%. Berikutan itu, Mario mungkin akan berhati-hati dalam ucapan beliau untuk tidak memberikan maksud khusus berkaitan pemansuhan peringanan kuantitif (QE).

Dalam kes ini, kadar EUR/USD mungkin akan mengalami pembetulan kebawah, tetapi hanya secara kecil-kecilan, dan trend peningkatan euro secara global akan berterusan. Sebilangan bank pelaburan menjangkakan kenaikan kadar EUR/USD ke 1.2 pada hujung tahun ini. Dari segi pelaburan, saham syarikat Eropah (terutamanya dari sektor perbankan) semakin menarik minat pelabur, tetapi masih ketinggalan berbanding di Amerika sekiranya membandingkan kadar perkembangan.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar