Yellen menyebabkan kejatuhan Dolar

Perhatian pasaran pada hari semalam tetumpu kepada ucapan Janet Yellen. Ucapan tidak memihak kepada mana-mana belah dan dalam ucapan tersebut, Janet mengemukakan topik pelemahan inflasi dan yakin dengan keadaan ekonomi dan pasaran buruh Amerika. Persoalannya kini, bagaimana pengawal selia Amerika akan menggubah imbangan.

Pelabur memahami ucapan Yellen sebagai tanda-tanda pemerlahanan kenaikan kadar faedah. Kemungkinan untuk peningkatan kadar dalam tahun ini turun dari 50% ke 42%. Jangkaan tentang penangguhan peningkatan kadar faedah ke tahun hadapan adalah realistik. Walau bagaimanapun, jawatan Yellen hanya kekal sehingga Februari tahun hadapan, dan tidak pasti sama ada beliau akan kekal atau tidak, dan jeni polisi pengawal selia pada tahun 2018.

Kenyataan dari ketua Fed AS tersebut bercanggah dengan ucapan terkini dari ketua bank pusat negara dengan ekonomi maju, secara khususnya, ketua bank pusat Eropah, Mario Draghi. Dolar dalam pasaran dunia menerima tekanan semalam. Indeks dolar, berbanding mata wang DXY lain, jatuh dibawah 95.5 -  kadar minimum sejak September 2016. EUR/USD pada saat ini meningkat ke 1.145, tetapi tergelincir sedikit pada hari ini.

Dalam masa yang sama, pada hari semalam indeks saham melonjak – S&P 500 kembali ke kadar maksimum dalam sejarah pada tahap 2445. Dalam beberapa minggu mesyuarat ECB akan berlangsung, pengawal selia Eropah boleh meneruskan perbincangan untuk mengurangkan program stimulus. Pergerakan EUR/USD pada bulan Julai bergantung kepada hasi dari mesyuarat pengawal selia terbesar dalam Eropah.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.