EURUSD: pemulihan harga sehingga 45 darjah

Sebelum ini:

Penutupan perdagangan pada hari rabu menyaksikan penurunan harga euro berbanding dolar. Kadar turun naik yang tinggi dapat diperhatikan ketika terbitan laporan oleh pengarah rizab persekutuan AS, Janet Yellen dan ketika ucapan beliau kemudiannya. Janet menyatakan bahawa ketinggian kadar perkembangan ekonomi AS sudah mencukupi untuk kenaikan kadar faedah dan pengurangan pulangan bon berikutnya.

Dolar meningkat berbanding mata wang utama lain, walaupun dolar seharusnya semakin menurun berbanding euro pada penghujung hari, oleh kerana pengawal selia tidak menginginkan kenaikan kadar faedah yang mendadak. Pulangan bon Amerika juga jatuh merudum berikutan ini. Berdasarkan maklumat statistik, bank pusat AS boleh menaikkan sekali lagi. Perkara ini telah pun memberi kesan kepada peserta pasaran, kerana kejatuhan dapat dilihat dalam pasaran dan pembeli mula menutup kedudukan long, yang menyebabkan penurunan harga euro sebanyak 98 titik sehingga 1.1392.

Berita hari ini (GMT+3):  

  • 09:00 Jerman – indeks akhir harga pengeluar (Jun)
  • 10:15 Switzerland – indeks harga pengeluaran (Jun)
  • 11:30 UK – ulasan Bank England berkaitan syarat kredit
  • 15:30 Kanada – indeks harga perumahan dalam pasaran utama (Mei)
  • 15:30 AS – indeks harga pengeluar (Jun), bilangan tuntutan awal faedah pengangguran (3-9 Jun), indeks teras harga pengeluar (Jun)
  • 17:00 AS – ucapan pengarah Fed, Janet Yellen
  • 18:30 AS – ucapan Fed, Evans
  • 20:00 AS – ucapan Fed, Brainard
  • 20:01 AS – lelong pembelian bon 30 tahun
  • 21:00 AS – baki bajet persekutuan (Jun)

Carta euro/dolar  H1. Sumber: TradingView

Harga menembusi garis trend dari kadar minimum pada 1.1312, lalu dinafikan oleh lantunan pada 1.1392. Euro pada hari semalam menurun pada penutupan sesi. Pembeli tidak membenarkan pembentukan isyarat "bearish engulfing".

Kadar euro kembali ke 1.1444. 45 darjah terletak pada kadar 1.1445. Ramalan adalah berdasarkan analisis teknikal, tetapi wajar untuk mempertimbangkan bahawa Janet Yellen sekali lagi akan berucap, dan pulangan bon AS telah menurun. Harga boleh bergerak kembali ke 1.1490 tanpa rintangan malah boleh meningkat lagi.

Harus diingatkan bahawa harga meningkat dengan jumlah dagangan yang rendah. Anggap bahawa pembeli yang tidak sempat menutup kedudukan long mereka sebelum testimoni Yellen akan menggunakan lantunan semasa sebagai peluang untuk keluar dari pasaran. Jumlah dagangan yang seharusnya tinggi tiada dalam pasaran dan disebabkan ini, terdapat dua senario yang berkmungkinan akan berlaku. Senario pertama adalah kadar akan kekal mendatar pada kadar semasa sehingga pembukaan sesi perdagangan AS (fasa pengumpulan) dan jumlah kemudian akan meningkat, menolak harga ke atas sehingga 1.15 mengikut trend. Senario kedua pula adalah harga akan jatuh ke 1.1380 atau lebih rendah, dan pembeli yang masih memegang kedudukan long akan mengalami kerugian apabila tahap stop loss diaktifkan. Gaya perdagangan harus disesuaikan dengan keadaan semasa. Semua pedagang mempunyai wawasan yang berbeza, maka pembeli mungkin melakukan keputusan yang betul dalam satu rangka masa, manakala penjual mengambil kesempatan dalam rangka masa lain.

Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa ramalan yang dilakukan tidak mengambil kira berita dan pengaruh Yellen.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar