EURUSD: harga mendekati 1.15

Sebelum ini:

Penutupan perdagangan pada hari selasa 11 Julai menyaksikan kenaikan kadar euro. Harga diperdagang dalam julat 20 titik sebelum perdagangan Amerika. Kadar keluar dari julat ini ketika wakil Bank England, Broadbent dan kenaikan mendadak pasangan cross euro/pound. Pulangan bon AS menurun sebanyak 1.00% ke 2.37%.

Pasaran kemudiannya menerima maklumat bahawa anak lelaki presiden AS, Donald Trump Jr. dalam halaman Twitter menceritakan tentang perjumpaannya bersama peguam dari Rusia, Natalia Veselnitskaya, dan penerbit filem dari Amerika, Rob Goldstone, yang mengadakan perjumpaan tersebut. Trump Jr. ingin mendapatkan sebarang maklumat rahsia berkaitan Hillary Clinton yang boleh menjejaskan setiausaha AS tersebut.

Kini maklumat media massa yang diterbitkan digunakan untuk membuat tuduhan berkaitan presiden AS menjalin hubungan dengan Rusia. Beliau terpaksa menerbitkan kenyataan sebelum orang lain kerana wartawan dari akhbar The New York Times telah pun menemu duga beliau. Berikutan peristiwa ini, indeks dolar jatuh ke 95.65, pulangan bon 10 tahun jatuh ke 2.35%, dan nilai berbanding euro menurun ke 1.1480.

 Berita Hari Ini (GMT+3):

  • 09:00 Jerman: indeks harga borong (Jun)
  • 11:30 UK: indeks perubahan purata pendapatan (Mei), perubahan tuntutan pengangguran bulan (Julai), kadar pengangguran (Mei)
  • 12:00 Zon Euro: perubahan jumlah pengeluaran perindustrian (Mei)
  • 17:00 Kanada: terbitan laporan suku tahunan BoC dan keputusan kadar faedah BoC
  • 17:00 AS: ucapan pengarah Fed, Janet Yellen
  • 17:30 AS: perubahan rizab minyak (3-9 Julai)
  • 18:15 Kanada: sidang media BoC
  • 20:00 AS: lelong pembelian bon AS 10 tahun
  • 21:00 AS: terbitan Beige Book Federal

Carta euro/dolar  H1. Sumber: TradingView

Pada hari selasa, perwakilan dari  Bank England, Broadbent dan Donald TrumpJr. Membantu pedagang bull euro menaikkan kadar euro ke 1.1480 . Dalam sesi perdagangan Asia, euro meningkat ke 1.1489.

Harga menjauhi garis imbangan lb sebanyak 0.62%, minimum pada 1.1380 sebanyak 90 darjah. Garis U3 MA mencecah kadar 1.1533, 112 darjah – melalui 1.1514. Harga boleh mencecah kadar ini, sekiranya pengarah rizab persekutuan AS, Janet Yellen mengecewakan pembeli dolar dalam ucapan beliau pada hari rabu dan khamis.

EUR/USD mencapai kadar maksimum baru dalam 52 minggu. Kini persoalan timbul sama ada kadar pertukaran euro/dolar akan menurun bersama euro/pound, atau kadar pertukaran pound/dolar akan mengatasi kadar lain dalam pasaran? Euro membantu mengukuhkan pasangan cross euro/pound berbanding dollar. Sekiranya penetapan untuk kedudukan long bermula disini, maka kadar euro/dolar turut sama akan merudum.

Harga kini berada sedikit di atas koridor “A-A” carta harian. Sekiranya sesi hari ini ditutup dengan kadar melebihi 1.1470, maka laluan ke 1.1595/1.16 akan terbuka untuk pembeli. Tanpa pembetulan dalam pasangan cross euro/pound, alatan euro/dolar boleh menaik sehingga 1.16 mengikut bentuk “sawtooth”.

Ramalan tidak terjadi berikutan dengan ucapan Janet Yellen. Ucapan perwakilan bank pusat dan sumber berita akan membatalkan segala corak teknikal dan penunjuk isyarat. Pembeli baru-baru ini membatalkan pembetukan awal corak “double top”.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.