• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: pedagang bull euro menyasarkan 1.2270

Pasangan EURUSD mendapat kenaikan yang lebih kukuh pada hari Rabu, 2 Disember, naik 0.38% berbanding dolar untuk ditutup pada 1.2113. Momentum kenaikan dalam mata wang Eropah didorong oleh berita Brexit dan kenaikan dalam EURGBP. Peningkatan semakin rancak selepas laporan pekerjaan swasta ADP dikeluarkan di AS.

Selepas menurun ke 1.2040, harga kembali meningkat dan menguji paras 1.2100 menjelang penutupan. Sementara itu, EURGBP melonjak 93 pip ke paras 0.9084 disebabkan oleh berita Brexit. Ini pergerakan yang besar untuk mata wang persilangan.

Ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier dipetik mengatakan bahawa "perjanjian masih tergantung dalam keseimbangan". Itu sudah cukup untuk menurunkan paun. Memandangkan reaksi terhadap berita sentiasa sama, boleh diandaikan bahawa turun naik yang mendadak adalah disebabkan oleh robot dagangan FX (bots) yang menjurus kepada ketaktentuan. Oleh itu, jika ketaktentuan meningkat sebanyak X% dalam masa X saat, bots mula membeli/menjual dalam arah momentum permulaan. Kemudian pada titik tertentu, bots keluar (menutup) kedudukan supaya tidak mengalami kerugian apabila pembetulan berlaku.

Menurut laporan ADP semalam, ekonomi AS menambah 307,000 pekerjaan pada bulan November, kurang daripada ramalan konsensus +500,000.  Bacaan bulan Oktober disemak semula meningkat dari 360,000 kepada 404,000. Namun begitu, bacaan itu tidak memberangsangkan.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

EU: Negara-negara zon Eropah akan mengeluarkan PMI perkhidmatan (November) pada pukul: 11.50 pagi di Perancis, 11.55 pagi di Jerman dan 12.30 tengah hari di UK

4.00 petang EU: perdagangan runcit (Oktober)

4.30 petang AS: tuntutan pengangguran awal (November)

5.45 petang AS: PMI perkhidmatan (November), 6.00 petang aktiviti perniagaan bukan pembuatan ISM (November)

1

Tinjauan semasa

Perunding Brexit membuatkan pedagang dalam keadaan tidak senang duduk dengan ketidakpastian mereka. Tiada siapa yang tahu apa berita yang akan diterima. Tambahan lagi, Perancis mengingatkan Barnier tentang risiko veto sekiranya beliau mengabulkan tuntutan UK dalam perbincangan perdagangan pasca Brexit.

Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.2119, dengan GBPUSD mendahului papan dagangan, mendapatkan semula 76% daripada kerugian semalam dan harga pada masa ini menjejaki semula garisan atas julat 1.3400-1.3452. Ia pulih dengan cepat disebabkan oleh persilangan EURGBP yang lebih lemah.

Pada rangka masa setiap jam, persilangan EURGBP melantun dari U3 dan kini mengalami pembetulan menurun selepas kenaikan pada hari semalam. Jika trend mendapat momentum, harga boleh meneruskan kenaikan dari 0.9040 dan dalam corak mata gergaji ke 0.9120. Pembelian persilangan euro dapat dilihat, kecuali untuk pasangan EURCHF dan EURGBP. Oleh itu, pedagang bull perlu mencuba lebih kuat jika paras 1.2150 ingin diuji.

Pada masa ini sokongan berada pada 1.2095 (garisan trend dari 1.1923). Di bawah ialah garisan 45 darjah (1.2070). Dari sudut pandangan teknikal, pasangan ini kelihatan sudah matang untuk pembetulan, tetapi pada masa ini pasaran sebahagian besarnya didorong oleh faktor geopolitik. Orang ramai nampaknya akan membeli/menjual apa-apa yang menjadi tajuk utama dalam berita FX. Walaupun lebih baik bagi pelabur memasuki pasaran berdasarkan pada analisis teknikal, tiada jaminan bahawa isyarat akan menguntungkan memandangkan terdapat kemungkinan berita yang tidak dijangka.

Kami juga memerhatikan perkara tersebut pada rangka masa harian dan mingguan, pembeli telah menumpukan perhatian pada paras sasaran 1.2270. Pada carta tiga bulan, sasaran ialah 1.28. Jika trend menaik semasa berterusan, harga boleh mencapai penanda ini menjelang pertengahan bulan Jun 2021.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.