• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: pelabur pasaran menunggu perkembangan aliran berita

EURUSD meningkatkan keuntungan yang kukuh pada hari Selasa, 1 Disember dengan mata wang tunggal ini naik 1.21% ke paras 1.2067 berbanding dolar. Harga mula meningkat semasa dagangan Asia selepas China mengeluarkan PMI pembuatan Caixin yang memberangsangkan dan RBA membuat keputusan untuk mengekalkan dasar kewangan. Semasa sesi Eropah, penjual cuba meneruskan pergerakan menurun, tetapi menghadapi pembelian euro semasa sesi Amerika Utara.

Dolar mengalami tekanan atas sebab yang berikut:

1. Kenaikan sebanyak 80 pip ke paras 1.3441 dalam paun sterling. Tom Newton Dunn dari Times Radio mengatakan bahawa UK dan EU mungkin mencapai perjanjian dagangan pasca Brexit menjelang hujung minggu.

2. Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan Speaker Dewan, Nancy Pelosi telah menyambung semula rundingan tentang pakej bantuan Covid-19.

3. Indeks pembuatan ISM jatuh ke 57.5 pada bulan November, menurun dari 59.3 pada bulan Oktober (berbanding ramalan 58). Tambahan lagi, komponen pekerjaan jatuh ke 48.4 berbanding sebelumnya 53.2. Bacaan ini perlu dipertimbangkan kerana laporan pasaran pekerja AS (gaji bukan perladangan) akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

4. Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell berkata bahawa Rizab Persekutuan tidak akan menaikkan kadar sehingga inflasi kekal dengan bermakna di atas sasaran 2% untuk satu tempoh masa.

Pedagang fokus pada sebarang berita yang mendorong selera risiko, di samping mengetepikan kesulitan EU dan kekurangan kemajuan dalam perbincangan Brexit (hanya janji yang telah kita dengar selama empat tahun).

Presiden ECB, Christine Lagarde berkata bahawa bacaan yang terkini menunjukkan ekonomi masih mengalami kesulitan. Pengawal selia ini akan melaraskan beberapa instrumen untuk menyokong ekonomi supaya ia pulih pada kadar yang lebih cepat selepas pandemik.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

1.00 petang EU: PPI (Oktober), kadar pengangguran (Oktober)

4.15 petang AS: perubahan pekerjaan ADP (November)

4.30 petang Kanada: produktiviti pekerja (Suku 3)

6.00 petang AS: ucapan Powell, Rizab Persekutuan

6.30 petang AS: laporan status petroleum mingguan EIA

10.00 malam AS: beige book

1

Tinjauan semasa

Pedagang bull euro menamatkan corak pembalikan carta lilin 30 November disebabkan rentetan berita yang tidak mendorong dolar. Euro meningkat ke 1.2084 di tengah-tengah permintaan yang meningkat untuk aset berisiko. Pertumbuhan perlahan dalam kawasan antara Gann 112 dan 135 darjah berhampiran garisan U3 (MA 55 hari dan sisihan 1%).

EURUSD meneruskan trend yang meningkat semalam selepas data makro dikeluarkan di Australia. KDNK Suku 3 mencatatkan bacaan 3.3% berbanding ramalan 2.5%. Bacaan menurun 3.8% YoY berbanding unjuran -4.5%.

Berhubung dengan mata wang utama, dolar Kanada, franc dan yen didagangkan dalam merah. Dolar Kanada dalam keadaan buruk selepas penurunan harga minyak menjelang keputusan OPEC+. Negara-negara OPEC+ masih tidak bersetuju untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran untuk tahun 2021.

Walaupun harga berlegar dalam julat 112-135 darjah, pembeli mendapat sokongan yang kuat daripada sekutu mereka apabila pedagang membeli semua persilangan euro. Semua persilangan euro didagangkan dalam kawasan positif, memihak kepada pembeli euro dan mengekalkan harga di sekitar 1.2060.

Berkenaan berita makro utama pada hari ini, kami memerhatikan laporan pekerjaan ADP bulan November. Pelabur perlu fokus pada data ini sebelum data gaji bukan perladangan AS yang akan dikeluarkan pada 4 Disember.

Garisan MA U3 berada pada 1.2115. Melihat pada rangka masa 4 jam dan harian bagi pasangan NZDUSD, euro mungkin meningkat dalam corak mata gergaji di bawah garisan U3. Untuk meningkatkan perhatian pembeli, euro perlu diturunkan ke paras 1.1925. Sekarang ini, pasaran menjadi ghairah dengan keterujaan daripada potensi berita Brexit dan vaksin. Peserta pasaran mengabaikan banyak isu. Selagi persilangan euro masih mendapat permintaan, semua penarikan balik akan berlaku semula. Tiada pencapahan bearis antara tindakan harga dan penunjuk AO. Oleh itu, kami berpendapat kemungkinannya adalah tinggi untuk pasangan utama ini menjejaki semula paras tinggi berbilang tahun. Tiga paras sokongan akan berfungsi di samping garisan trend: 1.2047, 1.2030 dan 1.2000.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.