• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: bersedia untuk satu lagi penurunan

Pasangan EURUSD hanya berubah sedikit pada hari Khamis, 26 November. Pembeli kembali ke paras 1.1885 selepas percubaan yang tidak berjaya untuk mendapat paras yang kukuh di atas 1.1950. Apabila pasangan utama ini kembali menurun, faktor teknikal lebih berfungsi daripada fundamental. Dalam masa beberapa hari ini peserta pasaran telah mengetepikan sama sekali peningkatan kes Covid-19 yang tinggi di Eropah. Semalam, beberapa ucapan dasar kewangan ECB telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lemah pada Suku 4.

Sementara itu, paun sterling jatuh dari 1.3397 ke 1.3322. Sterling menghadapi tekanan daripada ketidakpastian tentang hasil perbincangan Brexit. Walaupun perjanjian yang berjaya telah diambil kira sebahagiannya, masih terdapat kebimbangan bahawa perbincangan itu masih boleh gagal. Pemain pasaran mengharapkan ahli politik memberikan penjelasan tentang isu ini sebelum sidang kemuncak EU pada 10-11 Disember.

Pasaran AS tidak dibuka pada hari semalam sempena cuti Hari Kesyukuran. Selepas menurun ke paras rendah 1.1885 dan 1.3322, euro dan paun telah mendapatkan semula kira-kira 50% daripada kerugian yang berlaku semasa dagangan Eropah. Trend yang menaik diteruskan semasa dagangan Asia pada pagi hari Jumaat.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

1.00 petang Zon Eropah: sentimen ekonomi dan industri serta keyakinan pengguna (November)

1

Tinjauan semasa

Pada masa menulis artikel ini, EURUSD didagangkan pada 1.1925, berhampiran garisan imbangan. Pembeli menaikkan mata wang tunggal ini dari paras 1.1885 ke 1.1929, memanfaatkan volum yang tipis disebabkan oleh hujung minggu yang panjang di AS.

Hari ini sesi dagangan yang pendek di AS dan tiada agenda makro. Oleh itu, EURUSD mungkin terus bergerak mendatar dalam julat 1.1880-1.1940 hingga akhir minggu.

Mata wang utama telah didagangkan dalam kawasan positif. Dolar New Zealand dan dolar Australia mendahului papan dagangan. Terdapat peningkatan permintaan bagi aset berisiko, tetapi analisis teknikal tidak menyokong pergerakan meningkat yang selanjutnya. Dari paras rendah 1.1885, euro mengukuh berbanding dolar melalui struktur tiga gelombang. Terdapat 76.4% pembetulan berhubung dengan penurunan semalam. Harga berada pada paras Fibonacci dan telah meningkat selama 18 jam. Carta setiap jam (Stokastik, CCI) menunjukkan pergerakan atas ke bawah. Penurunan mungkin mendapat momentum pada pembukaan London.

Jika harga bertahan di atas garisan imbangan (1.1913) sebelum sesi AS, kebarangkalian kenaikan ke paras 1.1940 akan bertambah sehingga 75%.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.