• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: penjual cuba mengubah gelombang

Pasangan EURUSD meningkat 0.43% pada hari Selasa, 24 November dengan harga pulih ke 1.1890 dalam keadaan pasaran yang semakin tidak menentu. Mata wang FX bergerak dengan mendadak disebabkan berita tentang pentadbiran Trump membenarkan Presiden Terpilih Joe Biden untuk memulakan proses peralihan secara rasmi, bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen mendapat persetujuan sebagai setiausaha Perbendaharaan yang baru dan juga bacaan Ifo yang lemah dari Jerman. Pasaran juga mendapat dorongan daripada berita tentang vaksin Covid-19 yang akan tersedia tidak lama lagi di seluruh dunia.

Semasa sesi Eropah, euro meningkat ke 1.1894 dan selepas itu menurun ke 1.1841. Dari situ, harga melonjak semula ke paras 1.1894. Pasaran ekuiti dibuka lebih tinggi selepas media menyampaikan bahawa pentadbir Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) Emily Murphy mengiktiraf kemenangan Biden dan memaklumkan kepada beliau bahawa penyerahan kuasa sedang dijalankan.

Oleh itu, masih ada satu halangan: di mana media mendapat idea bahawa Trump telah mengaku kalah dan bersedia untuk membenarkan peralihan kuasa.  Sebaliknya, beliau membuat tweet bahawa beliau tidak akan menyerahkan kuasa kepada Biden, kerana terdapat penipuan dalam pilihan raya itu dan GSA tidak menyebut siapa bakal Presiden Amerika Syarikat. Trump mengambil langkah ini kerana Emily Murphy, kerana Emily telah diganggu, diancam dan dihina. Penyandang jawatan presiden itu yakin bahawa beliau melakukan perkara yang betul dan keputusan beliau akan melindungi Emily dan kakitangan GSA. Pasukan Trump akan menyerahkan semua bukti kepada Mahkamah Agung dan dalam jangka masa terdekat akan mengetahui siapa presiden yang ke-46.  Oleh itu, buat sementara waktu, tidak perlu membuat kesimpulan.

Pelabur juga memberikan reaksi yang positif terhadap berita bahawa Janet Yellen akan dicalonkan sebagai setiausaha Perbendaharaan AS di bawah Presiden Biden.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

12.00 tengah hari Switzerland: jangkaan ekonomi ZEW dan Credit Suisse (November)

12:30 tengah hari EU: laporan kestabilan kewangan

4.30 petang AS: anggaran KDNK kedua (Suku 3), pesanan barangan tahan lama (Oktober), imbangan perdagangan (Oktober), tuntutan pengangguran awal (Oktober)

6.00 petang AS: jualan rumah baru, perbelanjaan dan pendapatan peribadi (Oktober), jangkaan pengguna Michigan (November)

6.30 petang AS: laporan status petroleum mingguan EIA

9.00 malam AS: kiraan pelantar minyak Baker Hughes

10.00 malam : minit mesyuarat Rizab Persekutuan

1

Tinjauan semasa

Pada masa menulis artikel ini, EURUSD didagangkan pada 1.1900. Hanya pasangan utama yang didagangkan dalam kawasan positif. Euro disokong oleh persilangan, walaupun analisis teknikal menunjukkan bahawa sukar untuk pasangan tunggal ini bergerak lebih tinggi melainkan terdapat aliran berita yang menyokong. Hari ini banyak data makro yang dikeluarkan di AS. Pelabur FX perlu menumpukan perhatian pada barangan tahan lama dan anggaran KDNK kedua bagi Suku 3. Jika bacaan melebihi ramalan median, dolar boleh dijangka akan bergerak lebih tinggi pada semua papan dagangan.

Sokongan bagi euro berada antara 1.1885 dan 1.1890. Jika penjual menembusi paras ini, penurunan harga akan memecut ke paras 1.1850. Oleh sebab semua persilangan euro dalam kawasan positif, penarikan balik boleh berlaku jika harga menjejaki semula paras tinggi baru-baru ini. Pembeli mungkin menembusi paras tinggi melebihi 1.19 dan mula mengambil keuntungan dalam julat 1.1925-1.1930. Pelabur dinasihatkan untuk memerhatikan berita tentang vaksin dan pilihan raya AS.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.