• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: rintangan berada pada 1.1760 semasa pembetulan

Pasangan EURUSD didagangkan menurun pada hari Rabu, 28 Oktober. Euro menurun 0.42% ke paras 1.1746. Penurunan yang mendadak semalam telah dicetuskan oleh jangkaan tentang langkah sekatan pergerakan baru yang akan dikuatkuasakan di Perancis dan Jerman. Indeks ekuiti, emas dan minyak menurun dengan ketara apabila berlakunya pengelakan risiko. Penanda aras ekuiti AS jatuh hampir 4%, manakala minyak menyusut 5% dan emas merosot 2.17%.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan pelaksanaan sekatan perjalanan di seluruh negara dari 30 Oktober hingga 1 Disember. Angela Merkel juga mengenakan 'sekatan perjalanan terhad' di Jerman yang akan dikuatkuasakan bermula 2 November. Tidak lama selepas pengumuman berita ini, reaksi peserta pasaran mula sederhana. Hasilnya, semua pasaran kembali ke dalam mod pembetulan.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

11.55 pagi Jerman: kadar pengangguran dan perubahan pengangguran (Oktober)

12.30 tengah hari UK: penawaran wang M4, kelulusan dan peminjaman gadai janji (September)

1.00 petang Zon Eropah: keyakinan pengguna (Oktober)

3.30 petang AS: kadar pertumbuhan KDNK, indeks harga KDNK (Suku 3); AS: tuntutan pengangguran awal mingguan

3.45 petang Zon Eropah: keputusan kadar faedah ECB

4.00 petang Jerman: IHP (Oktober)

4.30 petang Zon Eropah: sidang media ECB

5.00 petang AS: jualan rumah belum selesai (September)

1

Tinjauan semasa 

Pada hari Rabu, penjual menembusi paras sokongan yang kuat disebabkan laporan tentang sekatan pergerakan baru yang dilaksanakan di Perancis dan Jerman. Penurunan terhenti pada garisan sudut 112-135 darjah. Ini ialah kawasan pembalikan, tetapi lantunan semula itu lemah kerana dagangan persilangan berada di bahagian jualan selepas berita Brexit. Minggu ini, perunding EU dan UK telah membuat kemajuan dalam menyelesaikan beberapa perbezaan yang besar dalam perbincangan Brexit, mengembalikan harapan untuk perjanjian dicapai pada awal bulan November. Susulan itu, GBP naik 97 pip, ke paras 1.3013.

Pada masa menulis artikel ini, GBPUSD didagangkan pada 1.3023. Pembeli mendapatkan semula lebih daripada 70% kerugian semalam, oleh itu kami berpendapat pasaran sudah sedia untuk pemulihan selanjutnya ke paras 1.3060.

Semasa dagangan Asia, dolar mengalami penurunan pada semua papan dagangan, manakala euro mengukuh dalam julat sempit. EURUSD didagangkan pada 1.1755 apabila euro mendapatkan semula 40 pip dari paras rendah 1.1718.

Sekarang peserta pasaran menunggu hasil mesyuarat ECB dan sidang media Christine Lagarde. Sukar untuk mengatakan program yang mungkin akan digunakan oleh pengawal selia itu semasa gelombang kedua pandemik ini. Melihat pada TA, pasangan utama ini mungkin naik ke paras 1.1780 (lb) dalam rangka masa pembetulan. Berdasarkan pada rangka masa harian, harga kekal di atas garisan trend, oleh itu pembetulan menaik mungkin semakin diperhebat disebabkan oleh faktor teknikal. Paras 1.1772 (garisan 45 darjah) akan bertindak sebagai paras rintangan sementara.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.