• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: tiada faktor untuk kenaikan yang boleh dilihat

Pasangan EURUSD didagangkan menurun pada hari Isnin, 26 Oktober. Mata wang tunggal ini menurun 0.41% berbanding dolar AS untuk mencecah 1.1809.  Pasangan ini menurun ke paras 1.1803 semasa sesi Eropah. Euro mengikuti penurunan dolar Kanada dalam keadaan penularan kes Covid-19 baru yang pantas dan juga ketidakpastian tentang masa bagi rang undang-undang bantuan ekonomi baru. Pasaran bergerak bertentangan daripada trend hari Jumaat dan kekal dalam julat semasa sesi tersebut.

Perbincangan tentang pakej rangsangan terus berlarutan dengan kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain atas ketiadaan kemajuan. Pada hari Isnin, Setiausaha Perbendaharaan AS, Stephen Mnuchin berkata bahawa rancangan bantuan ekonomi Nancy Pelosi mengandungi beberapa isu yang tidak dapat diterima oleh Presiden Donald Trump.

Ketua Majoriti Senat, Mitch McConnell meminta Rumah Putih agar tidak memberikan persetujuan tentang pakej rangsangan sebelum pilihan raya. Susulan itu, beliau menangguhkan mesyuarat dewan negara Kongres sehingga 9 November. Kini Pelosi boleh menyalahkan Republikan dan meneruskan permainan saling menyalahi.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

2.00 petang UK: perdagangan beragihan CBI (Oktober)

3.30 petang AS: pesanan barangan tahan lama (September)

4.00 petang AS: harga rumah S&P/Case-Shiller (September)

5.00 petang: keyakinan pengguna (Oktober) dan indeks pembuatan Rizab Persekutuan Richmond (Oktober)

1

Tinjauan semasa

Pembeli tidak dapat mempertahankan garisan imbangan (1.1833) apabila ketidakpastian tentang rang undang-undang bantuan Covid-19 yang baru telah memaksa pembeli untuk keluar daripada kedudukan panjang.

Indeks dolar menurun dari 93.08 ke 92.87 semasa dagangan Asia hari ini. Sekarang ini, tiada insentif untuk euro bergerak lebih tinggi. Senat AS telah ditangguhkan sehingga 9 November. Sementara itu, Eropah mencatatkan rekod baru bagi bilangan jangkitan Covid-19.

Peserta pasaran menumpukan perhatian pada pilihan raya AS dan mesyuarat ECB pada hari Khamis. Harga berada pada garisan imbangan (1.1825). Hampir semua persilangan didagangkan dalam kawasan positif apabila euro dibeli untuk mata wang lain. Memandangkan terdapat keyakinan bulis, pembeli boleh menjayakan kenaikan ke paras 1.1850.

Namun begitu, oleh sebab terdapat faktor luaran yang negatif, pasangan EURUSD lebih berkemungkinan untuk menurun ke paras 1.1750 menjelang sesi Eropah pada hari Rabu. Untuk mengesahkan penurunan pasangan ini, jejaki dinamik emas. Harga emas berkait rapat dengan euro, oleh itu jika isyarat bearis terbentuk bagi logam berharga ini, ia bermakna besar kemungkinan euro akan mengikutinya. Pedagang juga boleh menghasilkan wang daripada kedudukan pendek jika emas dan euro menurun serentak.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.