• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: dagangan dibuka dalam keadaan lemah

Semua mata wang utama ditutup meningkat berbanding dolar AS pada hujung minggu. Mata wang yang paling untung ialah dolar New Zealand (+1.26%). Penurunan yang lebih kecil dicatatkan oleh euro (+1.23%), franc Swiss (+1.21%), paun British (+0.97%), dolar Australia (+0.81%), yen Jepun (+0.66%) dan dolar Kanada (+0.47%).

Menjelang penutupan hari Jumaat, pasangan EURUSD naik 0.34%, manakala paun sterling ditutup menurun 0.28%. Semua kenaikan GBP terhapus selepas PMI perkhidmatan dan pembuatan bulan Oktober bagi UK dikeluarkan. PMI perkhidmatan menurun kepada 52.3 daripada 56.1, manakala PMI pembuatan menurun kepada 53.3 daripada 54.1.

Suasana dagangan pada sesi Eropah pada awalnya ditetapkan oleh pasangan EURUSD, yang melonjak selepas pengumuman PMI pembuatan awal Jerman. Bacaan tersebut meningkat kepada 58 pada bulan Oktober, jauh di atas jangkaan pasaran iaitu 55.1, walaupun pengukur bagi sektor perkhidmatan menunjukkan penurunan. Euro mendapat rangsangan tambahan daripada pengumuman data makro Zon Eropah. PMI pembuatan Oktober meningkat kepada 54.4 daripada 53.7.

Menjelang penutupan hari dagangan, pasangan utama ini naik ke paras 1.1865, manakala paun dan emas menurun. Euro mempertahankan paras yang kukuh dalam pasangan persilangan dan diambil peluang oleh pedagang susulan pengumuman data makro yang memberangsangkan.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

12.00 tengah hari Jerman: iklim perniagaan IFO, jangkaan IFO dan keadaan semasa (Oktober)

2.00 petang Jerman: laporan bulanan Bundesbank

5.00 petang AS: jualan rumah baru (September)

6.30 petang: ucapan Jordan, SNB

1

Tinjauan semasa 

Mata wang utama memasuki kawasan negatif semasa dagangan Asia, dalam keadaan tiada kemajuan dalam perbincangan berkaitan pakej rangsangan AS. Ahli politik terus menunjukkan penampilan bahawa terdapat kemajuan dalam proses tersebut, di samping tidak memberikan penjelasan kepada peserta pasaran kewangan.

Sementara itu, wabak koronavirus terus tersebar di Eropah dan AS dengan kadar yang membimbangkan. Baru-baru ini Sepanyol dan Itali mengumumkan sekatan pergerakan yang selanjutnya.

Dengan musim demam dan flu ketika musim sejuk bakal tiba, lebih sukar untuk pihak berkuasa memerangi pandemik. Kemerosotan persekitaran epidemiologi akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi dalam keadaan pengetatan sekatan dan ketakutan bahawa virus akan mempengaruhi sentimen pengguna, sementara aktiviti pengguna yang rendah akan mempengaruhi prestasi ekonomi secara negatif.

Pasangan EURUSD menurun ke garisan imbangan (SMA 55 hari). Dagangan Eropah dibuka dalam keadaan lemah.  Memandangkan hari ini hari Isnin, pasangan EURUSD mungkin berlegar dalam julat 1.1816-1.1860 sehingga hari Selasa.

Sempadan bawah bagi julat di atas berpadanan dengan garisan trend dari paras bawah 1.1703. Kami menjangkakan euro menurun ke paras 1.1775 melainkan terdapat kemajuan penting dalam perbincangan pakej rangsangan. Pemulihan ke paras 1.1860 akan meningkatkan dengan mendadak kebarangkalian kenaikan seterusnya ke paras 1.1930.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.