• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: euro kukuh bersandarkan pada berita positif di AS

EURUSD ditutup 0.44% lebih tinggi pada 1.1821 menjelang penutupan dagangan pada hari Selasa, 20 Oktober. Pedagang membeli mata wang tunggal ini dari pembukaan sesi Eropah. Permintaan yang kukuh berterusan sehingga penutupan sesi Amerika Utara.

Peserta pasaran menjual mata wang AS apabila perbincangan pakej rangsangan hanya menunjukkan sedikit kemajuan di AS. Pada hujung minggu, Speaker Dewan Nancy Pelosi menetapkan tarikh akhir selama 48 jam dalam usaha untuk mencapai persetujuan berkaitan beberapa isu yang belum diselesaikan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan Speaker Dewan, Nancy Pelosi mempercepat rundingan pada hari Selasa. Menurut Pelosi, perjanjian rangsangan baru boleh dicapai menjelang hujung minggu. Terdapat juga laporan bahawa Ahli Senat Republikan bersedia untuk mengundi pakej rangsangan yang baru.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

10.30 pagi EU: ucapan Lagarde, ECB  

3.30 petang Kanada: IHP (September) dan jualan runcit (Ogos)

3.50 petang ucapan Brainard, Rizab Persekutuan

4.55 petang EU: ucapan Lane, ECB

5.30 petang AS: laporan status petroleum mingguan EIA

9.00 malam AS: Beige book

1

Tinjauan semasa

Kenaikan EURUSD dipercepat di sekitar 1.1850. Semasa dagangan Asia hari ini, harga terus meningkat semakin tinggi, dengan paras tinggi intrahari pada 1.1863.

Pembeli euro tidak mengendahkan peningkatan kes koronavirus dan pelaksanaan semula langkah perintah berkurung di EU. Keseluruhannya, 40.8 juta orang telah didiagnosis dengan koronavirus di seluruh dunia. Peserta pasaran pada masa ini fokus pada perbincangan dwipartisan yang menyasarkan untuk meluluskan rang undang-undang bantuan ekonomi yang baru. Walaupun Nancy Pelosi menjangkakan perbincangan ini akan mencapai persetujuan menjelang akhir minggu, pedagang FX disarankan agar bersedia untuk menghadapi kegagalan perbincangan ini.

Memandangkan euro mengukuh dari 1.1689 ke 1.1863 (+174 pps), tiada sebab untuk percaya bahawa kenaikan pasangan utama ini akan memperlahan. Besar kemungkinan, euro akan memasuki fasa pengukuhan atau naik pada kadar yang lebih perlahan, manakala emas dan paun boleh dijangkakan akan mengurangkan jurang semalam.

Sekarang ini, terdapat dua paras rintangan: 1.1880 dan 1.1885. Garisan MA (sisihan 1% dari garis imbangan MA 55 hari), ruang mata untuk kenaikan. Melihat pada rangka masa harian, selepas 1.1885 laluan terbuka untuk pembeli mencapai 1.1940/50. Pembeli mungkin akan cuba menembusi paras 1.1885.

Agenda makro hari ini hampir kosong. Namun begitu, pedagang FX perlu memerhatikan ucapan Christine Lagarde kerana beliau mungkin menyuarakan ketidakpuasan tentang pengukuhan euro.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.