• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

Pasaran menunggu berita dari AS

Pasangan EURUSD didagangkan lebih tinggi secara meluas pada hari Isnin, 19 Oktober. Euro naik 0.48% berbanding dolar AS ke paras 1.1769. Peserta pasaran memilih untuk menjual mata wang AS kerana menjangkakan persetujuan berkenaan rangsangan koronavirus yang baru sukar dicapai dan masih bergantung pada pertikaian dwipartisan. Speaker Dewan, Nancy Pelosi menetapkan tarikh akhir dalam tempoh 48 jam bagi Rumah Putih menyelaraskan beberapa pertikaian yang masih belum diselesaikan.

Euro mendapat sokongan tambahan daripada Presiden ECB, Christine Lagarde yang bercakap tentang keperluan untuk mengekalkan dana pemulihan Eropah berjumlah EUR 750 bilion sebagai alat yang tetap. Susulan berita ini, para pedagang membeli euro berbanding paun British.

Pasangan utama meningkat ke paras 1.1794 semasa sesi Amerika Utara. Kenaikan terhenti hampir dengan garisan 90 darjah disebabkan oleh indeks saham yang menurun. Penanda aras ekuiti AS utama mencatatkan kerugian dalam julat 1.44% hingga 1.84%. Pasaran menghadapi tekanan daripada jangkaan bahawa pakej rangsangan tidak akan diluluskan sebelum pilihan raya presiden.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

11.00 pagi EU: akaun semasa ECB (Ogos)

3.30 petang AS: perumahan baru dan permit (September)

4.00 petang AS: ucapan Williams, Rizab Persekutuan

5.50 petang AS: ucapan Quarles, Rizab Persekutuan

8.00 malam AS: ucapan Evans, Rizab Persekutuan

10.00 malam AS: ucapan Brainard, Rizab Persekutuan

1

Tinjauan semasa

Dolar menunjukkan dinamik yang bercampur-campur semasa dagangan Asia pada hari Selasa, 20 Oktober. Sterling dan euro didagangkan sedikit meningkat, manakala mata wang utama lain menurun. Dolar Australia dan New Zealand kedua-dua menurun kira-kira 0.5%. Ini ialah mata wang yang sensitif risiko, oleh itu sebaik sahaja pedagang mula memilih aset pertahanan, kedua-dua mata wang itu akan terkesan.

Berkenaan pasangan EURUSD, pembeli dengan mudah menembusi garisan trend atas pada 1.1831. Kenaikan telah mula perlahan berhampiran garisan 90 darjah pada 1.1798. Persilangan euro semuanya positif. Dinamik pasangan persilangan yang positif akan membolehkan pembeli kekal di atas 1.1760, tetapi tidak menjamin perlindungan yang sepenuhnya.

Dalam berita politik, Demokrat cuba memperuntukkan sebanyak $2.2-2.4 trilion bagi pakej rangsangan, manakala Republikan menyasarkan $ 1.9 trilion. Masih tidak dapat dipastikan sama ada Demokrat akan menerima tawaran Republikan.

Dengan sokongan daripada persilangan, euro mungkin menjejaki semula julat harga 1.1785-1.1802. Kenaikan yang selanjutnya boleh dipersoalkan kerana ketidakpastian berkaitan koronavirus dan Brexit. Mengetahui tentang ahli politik Amerika, pedagang mungkin mengandaikan bahawa risiko kegagalan dalam perbincangan rangsangan dan kemerosotan euro ke paras 1.1720 masih boleh berlaku. Sokongan pertama berada pada paras 1.1739 (garisan 45 darjah).

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.