• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: pemulihan ke 1.18 dijangka berlaku

Pasangan EURUSD didagangkan menurun pada hari Rabu, 16 September, menyusut 0.26% ke paras 1.1815. Tidak lama selepas pembukaan sesi Eropah, harga naik ke paras 1.1883. Tetapi kemudiannya euro mengalami tekanan daripada penurunan pasangan persilangan EURGBP.

GBPUSD meningkat 130 mata ke paras 1.3007. EURGBP jatuh lebih daripada 100 mata ke paras 0.9095. GBP mendapat sokongan daripada laporan media bahawa penggubal undang-undang British mungkin telah menemui ruang untuk bertolak ansur tentang Undang-undang Pasaran Dalaman supaya mereka tidak melanggar Perjanjian Penarikan Diri EU yang diluluskan sebelum ini.

Penurunan dolar AS terbantut disebabkan oleh mesyuarat FOMC semalam. Pengawal selia AS itu membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dana persekutuan dalam julat 0.00-0.25% dan berjanji bahawa kadar akan kekal rendah untuk masa yang lama.

Tidak semua ahli FOMC yakin bahawa pendirian dasar Rizab Persekutuan yang ultra longgar ini akan bertahan lama. Robert S. Kaplan dan Neil Kashkari memberikan undian yang berbeza, mengejutkan ramai pihak. Kaplan memihak kepada mengekalkan fleksibiliti yang lebih besar tentang penetapan kadar masa depan, manakala Kashkari mencadangkan bahawa kadar perlu kekal sehingga inflasi teras mencapai 2% secara berterusan. Pendapat mereka yang berbeza mengejutkan pasaran.

Rizab Persekutuan meramalkan bahawa julat sasaran bagi kadar utama akan kekal pada 0-0.25% dalam tempoh 2020-2023. Selain itu, ramalan bagi inflasi AS dinaikkan dari 0.8% ke 1.2% pada tahun 2020 dan dari 1.6% ke 1.7% pada tahun 2021.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

12.00 tengah hari Zon Eropah: IHP (Ogos)

2.00 petang UK: keputusan kadar faedah dan pelonggaran kuantitatif BoE3.30 petang AS: indeks pembuatan Rizab Persekutuan Philadelphia, permit bangunan dan perumahan baru (Ogos) dan tuntutan pengangguran mingguan

Tinjauan semasa

Euro merosot disebabkan oleh kenaikan indeks dolar dan penurunan pasangan EURGBP. Semasa dagangan Asia pagi ini, spekulator menurunkan harga ke paras 1.1738. Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.1780. Penurunan terhenti pada darjah ke-112 sudut Gann. Harga telah melantun semula, tetapi memandangkan paun sterling dibeli untuk euro, pembeli mengalami kesukaran untuk mengubah keadaan.

Selaras dengan ramalan kami pada hari ini, kami melihat euro akan pulih ke paras 1.1795. Jika pembelian mendapat momentum selepas mesyuarat BoE, mungkin terdapat masa yang mencukupi untuk paras 1.1815 dicapai. Agenda makro pagi ini kosong, oleh itu selepas penurunan selama dua hari, tiada apa-apa yang menghalang pembetulan.

Lantaran itu, halangan yang kuat dihadapi oleh pembeli datangnya daripada kadar pertukaran bagi pasangan persilangan EURGBP. Euro akan menarik sokongan daripadanya jika harga meningkat ke paras 0.9123.

EURUSD-17-09

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.