EURUSD: penurunan semula ke 1.1842 dijangka berlaku

Euro meningkat 0.17% ke paras 1.1863 pada hari Isnin, 14 September. Harga meningkat ke 1.1888 disebabkan oleh selera risiko yang bertambah baik dalam pasaran global dengan berita bahawa AstraZeneca (AZN) dan University of Oxford menyambung semula pengujian bagi vaksin Covid-19 percubaan mereka. Menjelang penutupan, pembeli berundur ke 1.1859.

Paun British mengalami pembetulan ke 1.2919. Kenaikan EURGBP adalah sederhana apabila pelabur menunggu undian daripada parlimen UK tentang cadangan Brexit yang baru daripada Perdana Menteri Boris Johnson yang telah dikritik hebat oleh Kesatuan Eropah.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

 12.00 tengah hari Jerman dan Zon Eropah: indeks sentimen ekonomi ZEW (September)

3.30 petang Kanada: jualan pembuatan (Julai); AS: indeks pembuatan empire state NY (September) dan harga import (Ogos)

4.15 petang: pengeluaran industri dan pengeluaran pembuatan (Ogos)

Tinjauan semasa

Tindakan harga menjejaki senario garis dasar sepanjang sesi. Ia gagal mencapai garisan imbangan apabila banyak berita positif diperoleh dari China semasa dagangan di Asia, oleh itu meningkatkan permintaan untuk aset berisiko. Pengeluaran industri dan jualan runcit mengatasi jangkaan pasaran.

Pengeluaran industri di China meningkat 5.6% YoY pada bulan Ogos berbanding ramalan median 5.1% YoY dan bacaan sebelumnya 4.8% YoY. Pengeluaran industri pada bulan Januari-Ogos meningkat 0.4% YoY (melebihi ramalan +0.2% YoY, manakala bacaan sebelumnya ialah -0.4% YoY).

Tambahan lagi, jualan runcit meningkat 0.5% YoY (berbanding prestasi mendatar yang dijangka, manakala bacaan sebelumnya ialah -1.1% YoY). Jualan runcit pada bulan Januari-Ogos menurun 8.6% YoY, kurang daripada unjuran -8.8% dan bacaan sebelumnya ialah -9.9% YoY.

Selain itu, China melanjutkan pengecualian tarif bagi beberapa barangan yang diimport dari AS yang akan tamat tempoh pada 16 September.

Dalam berita lain, pakar biokeselamatan terbaik China berkata bahawa fasa 3 percubaan klinikal telah diteruskan dengan lancar dan vaksin akan tersedia untuk orang awam pada bulan November atau Disember.

Berkenaan undian di UK, ahli Dewan Rakyat Parlimen British pada petang hari Isnin telah meluluskan bacaan kedua bagi Rang Undang-undang Pasaran Dalaman yang telah mencetuskan reaksi yang hebat dalam Kesatuan Eropah. Rang undang-undang yang kontroversi ini telah diluluskan oleh majoriti 340 undian berbanding 263.

EU berkata, melainkan rang undang-undang ini dibatalkan, tiada perjanjian perdagangan untuk UK apabila mereka menarik dari daripada kesatuan dan pasaran tunggal menjelang akhir tahun 2020.

Peserta pasaran juga sedang bersedia untuk keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan dan sidang media akan diadakan oleh Pengerusi Jerome Powell pada hari Rabu. Rizab Persekutuan dijangka secara meluas akan mengekalkan kadar dan pelonggaran kuantitatif (QE) pada mesyuarat bulan September.

Selaras dengan ramalan kami untuk hari ini, kami berpendapat pasangan utama ini akan menguji penanda 1.1905 dan kemudian menurun semula ke 1.1842 (darjah ke-45 sudut Gann).

EURUSD-15-09

 

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.