• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: menunggu tindakan harga mencapai darjah ke-67

Mata wang utama menunjukkan dinamik bercampur-campur menjelang hujung minggu. Paun British (-3.64%) telah mengalami kerugian besar berbanding dolar AS. Kerugian kecil dilihat dalam dolar Kanada (-0.86%) dan dolar New Zealand (-0.78%). Kenaikan dicatatkan oleh dolar Australia (+0.02%), yen Jepun (+0.07%), euro (+0.07%) dan franc Swiss (+0.49%).

EURUSD_Weekly

Tindakan harga bergerak sedikit lebih tinggi pada hari Jumaat. Euro meningkat 0.25%, sehingga 0.07% ke paras 1.1843 pada minggu ini. Selepas percubaan yang tidak berjaya untuk mencapai paras 1.1918, harga kembali turun ke garisan imbangan.

Geopolitik memainkan peranan utama bagi euro dan paun sterling pada minggu lepas. Paun mengalami penjualan secara meluas di tengah-tengah rundingan Brexit yang tegang. Untuk perjanjian dicapai, Jerman meminta Britain membuat konsesi, manakala Perdana Menteri British, Boris Johnson bertegas mahukan negara-negara EU bersetuju dengan syarat perjanjian beliau. Beliau berkata, jika perbezaan pada masa ini tidak diselesaikan menjelang 15 Oktober, UK akan "meneruskan" tanpa perjanjian.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam The Daily Telegraph, Perdana Menteri British, Boris Johnson menuduh Kesatuan Eropah mengancam untuk menghancurkan UK. Walaupun keadaan masih tegang, jurucakap bagi pasukan rundingan UK memberitahu Reuters bahawa perbincangan Brexit pada minggu ini mungkin lebih membina daripada yang dijangka.

Pengukur ekuiti AS yang utama didagangkan lebih rendah menjelang akhir minggu dalam keadaan saham teknologi dan tenaga menurun. Pasaran mengalami tekanan daripada kebimbangan tentang pemulihan ekonomi.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

12.00 tengah hari Zon Eropah: pengeluaran industri (Julai)

Tinjauan semasa

Jangkaan pasaran telah dipenuhi pada hari Jumaat. Harga meningkat ke darjah ke-45 sudut Gann dan kemudian menurun ke garisan imbangan pada 1.1827.

Euro meningkat ke paras 1.1854 pada waktu pagi dagangan di Asia. Indeks ekuiti telah mengalami kenaikan pada waktu pagi. Pada hujung minggu terdapat berita bahawa AstraZeneca telah meneruskan semula percubaan vaksin koronavirus mereka yang ditangguhkan minggu lepas selepas penyakit yang tidak dapat dijelaskan dialami oleh salah seorang sukarelawan. Mungkin berita ini menjadi pendorong untuk mata wang utama. Kenaikan paling besar hari ini dilihat pada dolar New Zealand, naik 0.49%. Euro telah bergerak sedikit lebih tinggi apabila kebanyakan persilangan euro didagangkan menurun selepas kenaikan minggu lepas.

Selaras dengan ramalan kami, tindakan harga boleh meningkat ke paras 1.1890, disusuli dengan penurunan ke 1.1845. Perkara yang menjadi perhatian ialah pasaran setakat ini mengabaikan gelombang kedua pandemik koronavirus. Namun begitu, Austria, Republik Czech dan Israel telah membuat pengumuman rasmi tentang bermulanya gelombang kedua.

Manakala kisah TikTok masih menjadi perhatian pelabur. Menurut laporan media, pihak berkuasa China menentang penjualan aplikasi tersebut secara paksa dan akan lebih memilih untuk menutup penjualan di AS.

EURUSD-14-09

 

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.