• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: pasaran menunggu laporan pekerjaan AS

Pasangan EURUSD berakhir sedikit dalam keadaan menurun pada hari Khamis, 3 September. Menjelang penutupan, euro menurun 0.03% ke paras 1.1851. Pembeli mendapatkan semula semua kerugian yang dialami semasa sesi Asia. Kenaikan berlaku disebabkan pemulihan dalam pasangan persilangan EURGBP dan juga data makro yang memberangsangkan di AS. 

Bilangan tuntutan pengangguran AS berjumlah 881,000 berbanding ramalan 950,000 dan bacaan sebelumnya ialah 1.011 juta. Selain itu, Indeks Aktiviti Perniagaan ISM dalam sektor perkhidmatan mencatatkan bacaan 56.9 (berbanding ramalan median 57.0 dan bacaan sebelumnya 58.1).

Kenaikan terbatas disebabkan jualan dalam indeks ekuiti AS. Pelabur hilang keyakinan terhadap sektor teknologi tinggi, manakala data ekonomi bagi aktiviti perniagaan di AS mengesahkan kebimbangan tentang pemulihan yang panjang dan mencabar yang akan datang. Facebook, Apple, Amazon.com, Microsoft dan Nvidia menurun dalam julat 3.7% hingga 9%.

Agenda makro hari ini (GMT+3) 

9.00 pagi Jerman: pesanan kilang (Julai)

9.45 pagi Perancis: imbangan belanjawan (Julai)

11.30 pagi UK: PMI pembuatan (Ogos) dan ramalan inflasi (Suku 3)

3.30 petang AS: gaji bukan perladangan dan kadar pengangguran (Ogos); Kanada: perubahan pekerjaan dan kadar pekerjaan (Ogos)

5.00 petang Kanada: PMI Ivey (Ogos)

8.00 malam AS: kiraan pelantar minyak mingguan Baker Hughes

Tinjauan semasa:

Jangkaan kami untuk penurunan ke garisan imbangan telah dipenuhi. Euro pulih dari 1.1789 ke paras 1.1865. Diingatkan, penurunan mata wang tunggal ini disebabkan oleh ulasan sebelum itu daripada Ketua Pakar Ekonomi ECB, Lane. Pengawal selia itu bimbang tentang kekuatan euro dalam keadaan permintaan yang lemah. Pasaran yang tidak menentu mungkin berterusan kerana ECB dijadualkan akan bermesyuarat pada minggu depan.

Hari ini peserta pasaran akan mengubah fokus mereka kepada laporan gaji bukan perladangan AS. Selaras dengan konsensus median, ekonomi AS menghasilkan 1.4 juta pekerjaan baru pada bulan Ogos berbanding 1.763 pada bulan julai. Kadar pengangguran dijangka menurun ke 9.8% daripada 10.2%.

Perlu diketahui bahawa pasaran pekerja pada masa ini ialah ukuran utama bagi Rizab Persekutuan AS. Pada hari Rabu, laporan ADP tentang pekerjaan baru dalam sektor swasta lebih rendah daripada jangkaan. Selain itu, memandangkan pasaran akan ditutup sempena Hari Pekerja pada hari Isnin, ketaktentuan tinggi boleh dijangka pada pukul 3.30 petang (GMT+ 3) dan trend ini boleh berterusan selama tiga jam.

Biasanya kami tidak membuat ramalan pada hari laporan pekerjaan. Paras turun naik ialah satu-satunya faktor teknikal yang boleh dibezakan dengan jelas. Terdapat sokongan yang kuat pada 1.1790. Jika laporan bersesuaian dengan pasaran, maka paras ini mungkin diuji. Namun begitu, jika laporan tersebut lemah, pembetulan menaik boleh meningkat sehingga 1.1930.

EURUSD-04-09

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.