• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

EURUSD: Pedagang Asia menaikkan euro sehingga 1.1891

Pasangan EURUSD mencatatkan kerugian sederhana pada hari Khamis, 27 Ogos. Euro menurun 0.07% ke paras 1.1821 berbanding dolar AS. Ketaktentuan pasaran yang meningkat meletus semasa sesi Amerika Utara selepas ucapan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell di simposium dasar ekonomi yang ditaja oleh Bank Rizab Persekutuan Kansas City. Powell mendedahkan rangka kerja strategi baru yang disasarkan untuk memulihkan pekerjaan penuh dan mencapai inflasi purata 2%. Pengawal selia ini akan membenarkan inflasi bergerak lebih tinggi daripada 2% untuk mengimbangi inflasi yang rendah.

Dolar menurun pada awalnya susulan ucapan Powell, tetapi kemudiannya menghapuskan kerugian dengan cepat dan mula mengukuh di semua dagangan. Namun begitu, kenaikan itu juga terhad kerana pasaran sudah mengambil kira perubahan dalam dasar kewangan, yang dalam jangka panjang boleh dijangka akan melemahkan dolar. Hasilnya, tindakan harga stabil berhampiran garisan imbangan pada 1.1822 menjelang penghujung hari.

Agenda makro hari ini (GMT+3)

12.00 tengah hari Zon Eropah: keyakinan pengguna, sentimen ekonomi, sentimen industri dan sentimen perkhidmatan (Ogos)

3.30 petang Kanada: KDNK (Jun), AS: pendapatan dan perbelanjaan peribadi (Julai)

4.05 petang UK: ucapan daripada Andrew Bailey, Gabenor BoE

4.45 petang AS: PMI Chicago (Ogos); jangkaan pengguna University of Michigan (Ogos)

8.00 malam AS: kiraan pelantar minyak mingguan Baker Hughes; simposium Jackson Hole diteruskan

Tinjauan semasa

Euro pulih ke paras 1.1888 pada waktu pagi dagangan Asia. Pedagang Asia tidak tahu tentang tindakan Rizab Persekutuan pada petang semalam, oleh itu sebahagian besarnya memilih untuk mengulangi prestasi trend semalam. Selaras dengan ramalan kami, pasangan utama ini akan meningkat ke darjah ke-112 sudut Gann, kemudian turun semula ke garisan imbangan.

Julat dagangan semalam ialah 137 mata. Memandangkan harga dalam julat harian ini melebihi 400 mata disebabkan oleh turun naik yang mendadak, pembeli tidak boleh melanjutkan pergerakan tanpa kembali kepada pembetulan. Tempat yang baik untuk bermula ialah di sekitar garisan imbangan untuk beberapa hari. Selanjutnya, senario garisan dasar kami meramalkan kemungkinan yang lebih besar untuk penurunan semula, bukannya pergerakan meningkat.

EURUSD-28-08

 

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.