EURUSD: pembetulan pada dolar merentasi pasaran

AS mencatatkan bilangan kes koronavirus baru tertinggi dalam masa sehari dengan 45,500 kes. Perkara ini menyebabkan pedagang kembali memilih safe haven, dolar meningkat dan indeks saham menurun. China memberikan amaran tentang kemungkinan membatalkan perjanjian perdagangan dengan AS.

Pada hari Jumaat 26 Jun, dagangan pada euro ditutup secara kasarnya pada harga penutup hari Khamis walaupun ketaktentuan intrahari meningkat. Pada hari yang sama, AS mencatatkan bilangan jangkitan COVID-19 baru tertinggi dengan 45,500 kes. Peningkatan kes di beberapa negeri ini memberikan kesan yang negatif pada sentimen pelabur. Texas dan Florida telah menutup bar. Beberapa sekatan juga dilakukan di beberapa bandar di Eropah.

Indeks saham AS menyusut kira-kira 2.5%. S&P 500 menyusut sebanyak 2.42% untuk mencecah 3,009.05. Pasangan EURUSD menurun ke paras 1.1195, tetapi kemudiannya berupaya untuk pulih ke 1.1238 disebabkan oleh peningkatan permintaan untuk euro pada persilangan.

China telah memberikan amaran, jika AS meneruskan campur tangan di Hong Kong, tahap pertama perjanjian perdagangan akan terancam. Menjelang akhir hari dagangan, indeks saham AS (DIJA, S&P 500) telah menyusut kira-kira 2.5%.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 12:00 Zon Eropah: keyakinan pengguna (Jun), iklim perniagaan (Jun), penunjuk sentimen ekonomi (Jun), keyakinan industri (Jun).
  • 12:30 UK: ucapan daripada Bailey, Gabenor BoE.
  • 15:00 Jerman: indeks terharmoni bagi harga pengguna (Jun).
  • 15:30 Kanada: PPI (Mei).
  • 17:00 AS: jualan rumah belum selesai (Mei).
1

Situasi semasa:

Semasa sesi Asia, semua mata wang utama didagangkan menaik berbanding dolar AS. Paun telah meningkat dengan ketara pada 0.43% susulan penurunan pada hari Jumaat. Pada pukul 12:30 (EET), Gabenor Bank of England, Andrew Bailey akan berucap. Beliau tidak akan bercakap tentang dasar kewangan, oleh itu ucapan beliau tidak akan memberikan banyak kesan terhadap pasangan GBPUSD. Pasangan EURUSD kini telah meningkat ke 1.1259.

Kebanyakan aset masih lagi sangat bergantung pada tajuk utama koronavirus. S&P 500 dalam keadaan yang sukar selepas pedagang bear berupaya menembusi garisan trend pada minggu lepas. Jika mereka meneruskan serangan, keseluruhan pasaran boleh jatuh. Penutupan mingguan melebihi 3,100 boleh meredakan tekanan pada pasaran saham.

Pembukaan pasaran hari ini mengimbas semula dagangan pada 22 Jun. Kami meramalkan kenaikan ke 1.1270 disusuli dengan pembetulan ke 1.1247, kemudian satu lagi kenaikan ke 1.1275. Ucapan gabenor BoE dan data inflasi dari Jerman ialah peristiwa fundamental yang penting untuk diperhatikan.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.