EURUSD: pasangan ini akan menaik dari LB

Pada hari Selasa 7 April, dagangan pada euro ditutup menaik. Pasangan EURUSD menaik ke paras 1.0925 semasa sesi AS disebabkan oleh kenaikan dalam indeks saham yang menyebabkan dolar menurun. Saham mendapat rangsangan daripada berita bahawa penularan COVID-19 menunjukkan tanda-tanda yang berpotensi untuk berkurangan di AS dan Eropah.

Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan bahawa dua hari yang terakhir telah menunjukkan kadar kematian pesakit koronavirus yang stabil. Menjelang penghujung hari, indeks AS telah menghapuskan semua kenaikan.

Data daripada CDC (Pusat Kawalan Penyakit) mendatangkan kesan pada pasaran apabila agensi tersebut melaporkan kenaikan dalam kadar jangkitan dan kematian di AS. Tarikhnya tidak dinyatakan.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 15:15 Kanada: perumahan baru (Mac).
  • 15:30 Kanada: permit bangunan (Feb).
  • 17:30 AS: perubahan stok minyak mentah EIA (3 Apr).
  • 21:00 AS: minit mesyuarat FOMC.
Pic. 1

Situasi semasa:

Kenaikan ke darjah ke-112 berlaku seperti yang dijangka. Pasangan ini menaik tanpa penarikan balik, berhenti hanya pada garisan U3 (sempadan atas saluran MA). Dari sini, pasangan ini mengalami pembetulan ke garisan imbangan LB.

Satu-satunya peristiwa penting pada hari ini ialah minit mesyuarat FOMC. Dari perspektif teknikal, pedagang bull telah mencetuskan pembalikan dan sekarang mereka perlu mengekalkan kadar di atas 1.0840. Niaga hadapan pada S&P 500 telah menghapuskan kenaikannya yang menyebabkan euro menurun dengan serta-merta ke paras 1.0830.

Pada masa menulis artikel ini, euro didagangkan pada 1.0848. Ramalan kami menunjukkan pasangan ini pulih ke 1.0926. Ini boleh berterusan sejauh 1.0960. Namun begitu, memandangkan stokastik belum bersedia untuk kenaikan pada tempoh masa H4, pasangan ini boleh kembali ke 1.0830 dengan mudah pada bila-bila masa. Kita seharusnya melihat kenaikan ini berlaku semasa sesi AS.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.