EURUSD: laporan pekerjaan dijangka mencetuskan pembalikan

Pada hari Rabu 1 April, dagangan pada euro ditutup menurun, dengan pasangan EURUSD menurun ke 1.0903. Tekanan meningkat pada euro semasa sesi AS ketika sidang media Presiden Trump. Beliau memberikan amaran tentang kesukaran yang akan dihadapi beberapa minggu akan datang. Pelabur bimbang tentang kesan yang serius disebabkan oleh COVID-19 terhadap ekonomi global. Pengeluaran pembuatan semakin perlahan dan ekonomi di seluruh dunia menjangkakan penurunan dalam KDNK.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 12:00 Zon Eropah: PPI (Feb).
  • 15:30 AS: imbangan perdagangan (Feb), tuntutan pengangguran awal (27 Mac).
  • 17:00 AS: pesanan kilang (Feb).
Pic. 1

Situasi semasa:

Kami meramalkan dengan betul trajektori hari semalam. Pedagang bear bertindak semasa sesi Eropah, menurunkan kadar ke paras 1.0903. Dari situ, pasangan ini mula pulih ke garisan imbangan.

Pada masa ini pasangan ini didagangkan pada 1.0935. Tumpuan utama hari ini ialah laporan tuntutan tidak bekerja awal yang mana kira-kira 3.5 juta orang baru dijangka membuat tuntutan bantuan pengangguran. Pasaran sudah mempertimbangkan ramalan yang pesimis ini. Jika bacaan yang sebenar menghampiri 5 juta, kita boleh menjangkakan penurunan dolar AS yang mendadak pada semua papan dagangan. Sukar untuk menyatakan dengan pasti tentang bacaan sebenarnya, oleh itu terdapat banyak ketidakpastian dalam pasaran pada masa ini. Hal ini tidak membantu dengan kenyataan bahawa laporan NFP akan dikeluarkan esok.

Mari lihat sama ada kita boleh mendapatkan hubungan antara teknikal dan fundamental. Oleh sebab kita tidak melihat lantunan semula yang mendadak dari 1.0930, kita mungkin melihat pembersihan yang boleh menaikkan harga ke paras 1.1040. Ini boleh menjadi senario yang ideal pada hari ini. Mungkin tidak terdapat sebarang paras terendah baru dan kita mungkin mendapat model paras terendah berganda. Mungkin lebih baik untuk pedagang bull menunggu tiga paras terendah yang akan memberikan lebih banyak potensi kenaikan. Namun begitu, jika 1.0883 tidak dapat bertahan, pedagang bear akan menurunkan harga ke paras 1.0815.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.