EURUSD: euro dijangka pulih ke paras 1.0900

Pada hari Selasa 24 Mac, pasangan EURUSD meningkat sedikit pada masa penutupan dagangan. Semasa sesi Eropah, pembeli menggerakkan paras tinggi intrahari ke paras 1.0888 dan dari situ harga menurun semula ke garisan imbangan.

Indeks saham AS meningkat kira-kira 10%. Euro tidak terlibat dalam kenaikan ini, tetapi mengalami tekanan daripada pasangan persilangan semasa sesi Amerika. Pasaran saham meningkat disebabkan jangkaan tentang penggunaan pakej bagi langkah ekonomi kecemasan yang bertujuan untuk mengurangkan kesan virus corona. Hari ini diketahui bahawa Senat AS dan Pentadbiran Presiden AS Donald Trump bersetuju tentang pakej rangsangan ekonomi yang bernilai USD $2 trilion.

Peristiwa hari ini (GMT+3):

  • 12:00 Switzerland: Tinjauan ZEW – Jangkaan (Mac).
  • 12:00 Jerman: IFO – Iklim Perniagaan (Mac), IFO – Taksiran Semasa (Mac), IFO – Jangkaan (Mac).
  • 12:30 UK: Indeks Harga Rumah DCLG (YoY) (Jan).
  • 14:00 UK: Tinjauan Perdagangan Beragihan CBI – Terealisasi (MoM) (Mac).
  • 15:30 AS: Pesanan Barangan Tahan Lama (Feb), Pesanan Barangan Modal Bukan Pertahanan kecuali Pesawat Udara (Feb).
  • 16:00 Switzerland: Buletin Suku Tahunan SNB (Suku 1).
  • 17:30 AS: Perubahan Stok Minyak Mentah EIA (20 Mac).
2503

Situasi semasa:

Jangkaan pengembalian ke garisan imbangan telah dipenuhi. Sebaik sahaja harga muncul daripada pembentukan segi tiga, penurunan ke garisan imbangan (Lb, sma55) dipercepat. Lb pada masa itu diperkukuh oleh trend. Harga telah tersasar dari garisan dan setakat ini pulih sebanyak 77 mata, ke paras 1.0823.

Semua mata wang utama didagangkan positif berbanding dolar AS. Euro berada pada kedudukan kelima (+0.34%). Oleh sebab stokastik berada di atas dan kebanyakan persilangan dengan euro didagangkan dalam zon "merah", terdapat kemungkinan berlakunya ujian yang berulang bagi garisan trend. Berdasarkan ramalan, saya menjangkakan kenaikan ke paras 1.0900. Garisan MA U3 akan menjadi rintangan. Ramalan untuk kenaikan akan terbatal jika lilin ikut jam ditutup di bawah 1.0746.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.