Euro berterusan menghadapi tekanan

Pada hari Khamis 19 Mac, dagangan pada euro menurun 3% pada masa penutupan. Pandemik coronavirus baru yang sedang berlarutan telah menyebabkan kejatuhan pasaran. Pelabur bergegas memilih dolar AS kerana mata wang ini digunakan sebagai mata wang pembiayaan. Kini mereka membelinya semula.

Bank of England mengadakan mesyuarat tidak berjadual dan membuat keputusan untuk menurunkan kadar faedah asas sebanyak 15 mata asas kepada 0.1% daripada 0.25%. Pengawal selia ini juga menambah jumlah program pembelian semula bon kerajaan sebanyak GBP £200 bilion kepada GBP £645 bilion.

Reserve Bank of Australia (RBA) juga menurunkan kadar faedah mereka untuk kali kedua sebanyak 25 mata asas, ke paras terendah 0.25% setahun. Bank Pusat Indonesia, Filipina, Brazil dan Taiwan juga menurunkan kadar mereka. Dalam keadaan dolar yang mengukuh, pelonggaran dalam dasar kewangan telah memberikan tekanan pada semua mata wang utama.

Peristiwa hari ini (GMT+3):

  • 12:00 Zon Eropah: Akaun Semasa n.s.a (Jan).
  • 12:30 UK: Peminjaman Bersih Sektor Awam (Feb).
  • 15:30 Kanada: Jualan Runcit (MoM) (Jan).
  • 17:00 Jualan Rumah Sedia Ada AS (MoM) (Feb).
  • 20:00 AS: Kiraan Pelantar Minyak AS Baker Hughes.
2003

Situasi semasa:

Jangkaan yang dibuat mengikut ramalan telah dipenuhi. Harga jatuh di bawah 1.0802. Dengan ketaktentuan yang meningkat, julat harga Gann tidak dapat digunakan. Semua paras telah diuji dengan baik, tetapi sukar untuk menentukan paras mana yang penting. Semalam harga berhenti pada darjah ke-90, ke-225 dan ke-270. Dalam penurunan sebelumnya, darjah yang lain berfungsi.

Hari ini mata wang utama didagangkan dalam warna hitam berbanding dolar AS. Mata wang yang menerajui kenaikan ialah AUD dan NZD. Harga meningkat disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan keadaan positif pada bursa saham.

Persilangan dengan euro semuanya berwarna merah. Pasangan EURUSD melantun semula sebanyak 130 mata dari paras rendah 1.0653. Garisan imbangan (Lb) melalui penanda 1.0841. Stokastik terletak dalam "zon jual". Ini dianggap sebagai isyarat yang kukuh, mengikut trend. Tiada pencapahan "bulis". Menurut faktor di atas, lebih tepat untuk mempertimbangkan euro akan semakin melemah. Berdasarkan ramalan, saya menunggu penurunan dari garisan Lb ke paras 1.0600. Memilih pesanan pendek sememangnya menakutkan, oleh itu lebih baik tidak memasuki pasaran, terutamanya memandangkan hari ini hari terakhir dalam seminggu.

Coronavirus berterusan menguasai dunia di luar China. Saintis sedang berusaha sedaya upaya untuk mencipta penawarnya. Bank Pusat dan kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang berpatutan, tetapi tidak mencukupi untuk menghentikan keadaan panik dalam pasaran.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.